Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Barisan Nasional Kuasai Semula Putrajaya

SPR telah menugmumkan bahawa Barisan Nasional telah memenangi Pilihanraya Umum Ke 13 ini dengan majoriti mudah. BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

Manakala Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak menang besar mengalahkan calon PKR, Fariz Musa.

Selain daripada itu, BN sedang menuju kemenangan untuk kerusi Parlimen dengan memperolehi 108 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) hanya menang 56 kerusi setakat ini.

BN juga berjaya mengekalkan penguasaan mereka di negeri Pahang dan Negeri Sembilan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin berkata berkata Pakatan hanya mampu mempertahankan 15 kerusi DUN berbanding 21 yang dimenangi BN di negeri itu.

BN Perak juga berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut.

Keputusan Keseluruhan terkini Parlimen setakat 1.05am adalah :

Barisan Nasional : 112 Kerusi
Pakatan Rakyat : 58 Kerusi

Tiada ulasan: