Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

6 Mei , Isnin : Tidak Ada Sebab Rakyat Tidak Turun Ke Jalanraya


Posted on Wednesday, May 01 @ 07:43:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Pendapat Oleh: ulitmayang

"

Soal kepercayaan kepada SPR sebenar nya tidak pernah timbul dikalangan pemimpin – pemimpin PR. Sepanjang masa menipu , setiap ada ruang , masa dan peluang kerja SPR ialah menipu
Ini lah watak utama SPR , dan ini lah tugasan utama SPR dalam memenangkan UMNO , dalam setiap kali pilihanraya , semenjak 1951 hingga kini.
Tidak merasa bersalah , walaupun secara terang – terangan menipu. Lepas satu , satu lagi menipu. Samada Pengerusi  sekarang  mahupun terdahulu


Yang terbaru , ialah soal dakwat yang konon nya dikatakan kekal. Dah jelas sekarang ini SPR juga  menipu  
Tapi , bila dah terkena macam ni , masih nak menjawab lagi Pengerusi SPR ni. Katanya , seperti ditemubual oleh TV3 malam tadi , “ di celah – celah kuku sukar untuk  tanggal'  , katanya lah.
Makna nya ada tempat yang boleh tanggal. Di bahagian kuku ia boleh tanggal , begitu juga di bahagian bawah anak jari  
Kesimpulannya , ia boleh tanggal. Jadi tidak timbul soal ianya kekal , seperti yang didakwa oleh SPR dan kerajaan UMNO
So , bilamana ianya sudah sangat jelas kini , selain daripada membuat laporan polis  , rasa- rasanya sudah tidak ada pilihan untuk rakyat Malaysia ,  terutamanya penyokong dan pendokong PR serta rakyat umum nya , untuk bersiap sedia turun ke jalanraya – jalanraya pada 6 mei 2013 bersamaan hari isnin.
Kita hambat Mahathir dan Najib dari Putrajaya. Kita , rakyat terbanyak halau UMNO dari Putrajaya.
Sehubungan dengan itu , semua pendokong diharap mungkin boleh menyiapkan baju MERAH , HIJAU , ORANGE dan JINGGA. Pasti kan ianya dibasuh dan digosok rapi. Ini kerana kita akan merayakan hari kejatuhan Mahathir , Najib dan UMNO pada 6 Mei nanti.
"

Tiada ulasan: