Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

7.5.13

Kalah Jadi kerajaan, Menang Jadi Pembangkang

Posted on Wednesday, May 08 @ 10:11:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Pendapat Oleh: notan

"



Assalamualaikum, Perumpamaan Melayu menyebut menang jadi arang, kalah jadi abu untuk menunjukkan perbalahan antara dua pihak yang tidak membawa apa apa faedah.Tetapi di negara kita pertembungan politik di antara kaum dan  muktakhir ini di antara sesama Melayu menghampiri makna perumpamaan itu.Cuma tiada yang jadi abu dan tiada yang jadi arang, yang ada ialah, kalah jadi kerajaan, menang jadi pembangkang!(merujuk kepada keputusan PRU 13). 


Pertembungan kaum yang didakwa antara Melayu dan Cina  oleh geng UMNO sebenarnya tidak ada, yang ada ialah pertembungan antara dua kumpulan Melayu, satu kumpulan ialah kumpulan yang mahu berubah dan satu lagi yang berada di bawah tempurung.Saya pernah menulis mengenai Melayu dibawah tempurung yang membentuk majoriti rakyat Terengganu tetapi keputusan PRU 13 membuktikan saya silap sebaliknya Melayu yang hidup hampir dengan bandar besar seperti KL yang nampaknya lebih bawah tempurung dengan Melayu di Terengganu.Negeri Sembilan dan Perak antara yang paling ketara.

Kerana Melayu bawah tempurunglah, BN berjaya menupulasikan PRU 13 dengan bantuan penuh dari SPR. Hakikatnya Melayu bawah tempurung masih mewakili bawah 50% dari jumlah Melayu keseluruhannya.Ini boleh dibuktikan dengan keputusan PRU 13 negeri Terengganu, kemenangan 4 kerusi parlimen masing masing bagi PR yang diwakili PAS dan BN yang diwakili UMNO dan kebangkitan Melayu di Selangor.Berbeza dengan orang Cina yang sekarang diakui menolak BN dan MCA serta Gerakan mewakili lebih 90% dari jumlah keseluruhan warga negara berbangsa Cina.

Pola dan fenomena pergerakan sokongan sebegini bermula sejak PRU 12 dulu dan tidak banyak berubah bagi orang Melayu disetengah negeri tetapi perubahan ketara di kalangan Cina di seluruh negara di PRU 13.Pola dan fenomena ini juga mengesahkan BN tidak ada peluang untuk menang  PRU 13.Menyedari keadaan ini BN mula menggerakkan  perancang licik mereka untuk menipu.Penipuan besar besaran telah terjadi di PRU 11 dan 12 lagi .Tetapi ketika itu tidak melibatkan seluruh negara.Kali ini di PRU 13 penipuan itu terpaksa dilakukan di banyak kawasan di seluruh negara.

Oleh kerana sudah tidak mempu menggunakan penduduk tempatan, BN  akhirnya membawa masuk warga asing untuk dijadikan hantu. Dengan pertolongan hantu inilah BN berjaya cover kekurangan sokongan dikawasan Melayu yang umumnya sebanyak 1-2%. Sebab itu PAS tewas di 7 kawasan yang dimenangi pada PRU 12 yang semunya kawasan majoriti Melayu.Tanpa hantu kemungkinan besar BN akan tewas.

Akhirnya yang sebenarnya kalah kalau bertanding secara adil dan bersih yang membentuk kerajaan dan yang kalah kerana  bertanding secara jujur menjadi pembangkang.Itulah 1Malaysia Tok Jib bidan kampung!

Tiada ulasan: