Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.5.13

Bekas MB Kedah dilaporkan 'agak tenat'


11:50AM Mei 8 2013
Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dilaporkan berada dalam keadaan “agak tenat”.

Laporan Harakahdaily menyebut, Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Laporan itu memetik kenyataan setiausaha akhbar bekas MB tersebut, Mohd Helmi Khalid yang berkata, keadaan Azizan kini “agak tenat”

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam satu kiriman SMS kepada organ parti itu.

Azizan, 73, menewaskan calon BN dan dua calon Bebas di kerusi DUN Sungai Limau dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam Pengarah hospital itu, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.
   
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man dijadual melawat Azizan petang ini.

RangBul@n:

Tak baik dalan Tranungkite sy terbaca ada yang yang sebar khabar angin yang tidak-tidak mengatakan DS telah tiada. Bab kematian jangan dimain-main. Admin TranungKite perlu cepat padam berita sebegini. Kasihan keluarga & waris DS Azizan.

Tiada ulasan: