Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

7.5.13

SPR Perlekeh Pengundi PERAK



Bila tenguk keputusan penuh PRU13 yang diterbitkan oleh Harian Metro. JELAS terbukti pasti ada mainan polotok jijik dari kalangan SPR yang mengira kertas undian. Ada banyak bukti yang boleh dipertikaikan;tak masuk akal dalam jagat manusia Malaysia yang rata-rata pandai menulis & membaca sampai beribu boleh salah mengundi. Tak tahulah memang yang mengundi memang Bangla atau undi hanti makan mereka tak RETI nak tanda pangkah atau bulat atau belasah semua di undinya.

Perak terutamanya yang BN sekadar menang DUN 30-29 pastinya ianya amat drastik sebab sampai ke tengah malam masih tak selesai pengiraannya. Sekitar jam 4:00 pagi sy masuk tidur apabila laman web SPR dan laman web lain telah pun menguar-uarkan PR memang di Perak dengan majoriti yang amat banyak.

Cer tenguk statistik ini sebagai contoh: P58 Bagan Serai Undi Rosak 1,096 BN Menang Majoriti 1,140. Parlimen sini Orang Melayu 75.78% alahai bodohnya orang kita Melayu mengundi. Jika orang Melayu mengaku PANDAI mengundi sah pasti ada orang luar atau pengundi hantu ramai di sini.

Begitu juga  N23 Manjoi Undi Rosak 701 BN Menang Majoriti cuma 132.  Pengundi Melayu juga teramai 67.21%. Nampak sangat ada yang tak kena. Jika benar undi ini berpihak kepada PR maka Perak memang milik PR.Mungkin wakil Manjoi boleh cerita khabar yang sebenar.

Lagi kalut di Lubuk Merbau: di mana BN merampas N20 Lubuk Merbau daripada PAS   dengan cuma Majoriti  53 : PRU12 dulu PAS menang denganMajoriti 72.  Undi Rosak kali ini sebanyak 178.  Yang ramai mengundi orang kita Melayu juga 73.18%...  apa jadi Yeop oii... perlukah diadakan latihan memangkah kertas undi. Kome pangkah atau right weh?. Jika yang silap mengundi ini dari kalangan PR alahai kan teramat rugi. Kasihan Datuk Seri Nizar tak dapat jadi MB.

Masalah yang berlaku di Perak; orang Melayu masih ramai yang sayangkan UMNO atau BN, kebanyakan kawasan yang UMNO & PAS bertanding sering mendapat tentangan yang kuat. Majoriti UMNO menang tak banyak mana tetapi UMNO tetap menjadi parti politik pilihan pengundi Melayu di Perak sajak PRU12  lagi sy perhatikan ini masih berlaku (PRU12 dan PRU13 PAS Menang cuma 2 Parlimen). Cuma peningkatan sokongan terhadap PAS semakin bertambah. Hatta ini membuktikan secara jelas orang Melayu kita memang telah berpecah.

Kaum Cina di Perak memang menolak BN secara total. Mereka hebat berpolitik & nampak akan kesepakatan mereka.

Tiada ulasan: