Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

25.2.10

SPRM selesai laku siasatan kes rasuah libatkan Nik Aziz


25/02/2010 7:07pm

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya berkata, SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu pada Januari lalu.

"Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada pendakwa raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan kepada SPRM di sini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel “SPRM Kelantan Pro-Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai”.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, pergerakan tersebut membuat laporan itu kerana mahu SPRM menyiasat dakwaan itu kerana SPRM merupakan sebuah badan bebas. – Bernama

Sindrom artis salah fesyen


AINUL Aishah cenderung mencari fesyen terkini melalui penelitian terhadap bintang antarabangsa.


SELAIN sibuk mencanang artis cerdik fesyen, hakikatnya ada lagi segelintir selebriti masih mencari identiti demi menjaja status di gelanggang seni. Lalu tidak hairanlah wujud istilah jenayah fesyen kerana kesedaran bergaya pada acara-acara rasmi hiburan dan berada di tempat awam masih belum menjangkau paras teratas.

Bukan hanya berlaku di Malaysia, sindrom artis buta fesyen juga menghantui industri seni antarabangsa. Ramai selebriti sama ada dari kelas pertama atau sebaliknya, tidak terkecuali menerima tempias jelik berfesyen.

Permaidani merah selalunya menjadi medan artis dikritik dengan fesyen mengarut gara-gara menyarungkan busana eksperimen pereka-pereka fesyen sama ada baru hendak bertatih atau berpengalaman.

Bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3), Amylea Azizan kerap menjadi bidikan mangsa fesyen. Setiap yang tersarung pada tubuh kecilnya, ada sahaja mulut-mulut nakal mempersoal stail gadis berusia 23 tahun itu.

Tidak terlintas di fikiran mahu menjunjung pelbagai gelaran menjelikkan, Amylea mengakui harus menutup bahagian tubuh dengan selendang agar tidak terlalu terdedah. Justeru, busana yang disarungkan pasti pudar seni dan nilainya.

Kini Amylea lebih berhati-hati memilih pakaian tajaan. Jika tidak menepati cita rasa atau terlalu seksi ditatap umum, dia berkeras, enggan baju itu disarung pada badannya dalam apa cara sekalipun.

"Banyak kali saya dapat gelaran tidak pandai berfesyen. Pernah satu hari saya menangis mengenangkan komen melampau daripada sesetengah pihak tentang pakaian saya.

"Saya juga terima kritikan pada Anugerah Juara Lagu 24 (AJL 24) baru-baru ini disebabkan bergaya santai dengan rambut stail Mohawk. Sedangkan orang lain tidak tahu saya datang sekadar beri sokongan sebagai Raingers kepada kumpulan Hujan.

"Kini saya enggan pedulikan nista masyarakat. Saya juga tidak kisah tentang bab berfesyen. Kalau tidak menjolok mata atau membuatkan keluarga marah, ia sudah memadai.


SUDAH mencapai usia 31 tahun, Izwan Pilus memilih gaya sederhana.


"Kalau pakai macam mana sekalipun, tetapi tidak diiktiraf sebagai wanita cantik di Malaysia maka tiada gunanya. Sekarang saya mahu hargai mereka yang nampak kebolehan diri dalam bidang muzik daripada jaga hati orang yang sering mengutuk.

"Saya juga bukan seorang bintang besar. Hendak nampak cantik setidak-tidaknya memerlukan pereka fesyen berpengaruh dan peruntukan besar. Lebih baik saya pakai ikut naluri hati. Cuma bab rambut dan mekap, ia memang jadi keutamaan," jelasnya yang bakal muncul dengan single berjudul Patung tidak lama lagi.

Mengenali pereka fesyen popular, Amir Luqman sejak empat tahun lalu, Amylea tanpa berselindung memberitahu dia belajar banyak perkara melibatkan fesyen bersesuaian dengan empunya diri.

Ghairah disuakan tajaan daripada pereka fesyen baru mencipta nama, pendatang baru dunia lakonan, Ainul Aishah Azizun, 25, tidak terlepas bahana digelar mangsa fesyen beberapa tahun lalu.

Menjadikan Mary Kate Ashley dan Alexa Chung sebagai ikon fesyen, wanita peramah itu bagaimanapun berpendapat tidak adil jika kesalahan 100 peratus diletakkan kepada dirinya.

"Dengan keadaan masih baru dan naif dalam bidang seni, sebelum ini saya terima saja baju pemberian pereka-pereka fesyen baru tanpa mengambil kira impak kemudian hari.


AMYLEA tahu dia selalu dikritik ketika berfesyen. Kini dia lebih menitikberatkan soal solekan dan gaya rambut.


"Kini saya berhati-hati pilih baju yang hendak dipakai bagi menghadiri majlis festival atau anugerah.. Bukan mahu berlagak, saya sebaliknya tidak terbiasa menggayakan pakaian terlampau mendedahkan tubuh badan.

"Bagi memantapkan diri dalam soal penataan gaya, saya banyak membaca majalah fesyen luar negara, tengok penulis ruangan fesyen bergaya dan ambil contoh rakan-rakan di sekeliling suai padan fesyen.

"Saya suka lihat gaya Liyana Jasmay dan Scha. Dengan stail tersendiri membuatkan fesyen mereka digilai ramai," tutur Ainul kurang selesa mengenakan gaun panjang meleret dan dres kembang dengan perincian berlebihan kerana menampakkan dirinya lebih berusia.

Gara-gara tampil dengan kemeja beserta vest berbentuk korset dan mengenakan solekan Gothic, penyanyi popular, Izwan Pilus dikecam hebat pada Anugerah Industri Muzik 2007 (AIM 2007).

"Saya tercalon sebagai Artis Baru Terbaik buat persembahan mendendangkan lagu Indah Lelapku. Malam sebelumnya saya menyanyi pada program Hitz1. Ingin perubahan drastik maka saya ambil keputusan pamerkan stail jauh berbeza.

"Lepas itu saya terima maklum balas negatif daripada peminat. Ada yang kata tidak tidak sesuai kerana rekaan vest ini. Sebenarnya, saya cuma pakai baju ini semasa menyanyi di atas pentas. Berjalan di karpet merah, saya muncul dengan jaket di luar.

"Walaupun ada sesetengah pihak bising dengan gaya pada malam itu, tetapi saya gembira kerana orang ramai bercakap dan perasan tentang kehadiran diri ini. Tidak kisahlah jika orang lain mahu terus mengata.

"Kini mencapai umur 31 tahun dan lebih dewasa, saya amal sikap sederhana dalam fesyen. Sekurang-kurangnya ada pembaharuan diri berpakaian berbanding awal kemunculan dalam lapangan seni.

"Hingga saat ini, saya masih belajar banyak perkara melibatkan gaya demi memperbaiki diri," ujar Izwan yang lebih senang bercelana pendek dan baju-T tanpa kolar apabila tidak terikat dengan komitmen nyanyian.

Mengidolakan Bon Zainal sebagai pereka fesyen dan perunding imej, Izwan melihat selebriti menjadi individu terbaik menggayakan pakaian hasil sentuhan pereka fesyen.

Kosmo!

Sumpah sudah ceraikan Ida Nerina


IDA NERINA tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam kerana menjalani rawatan di India.


KUALA LUMPUR - Bekas pemain gitar kumpulan Blackrose, Sha'arin Mohd. Razali sanggup mengangkat sumpah bagi mempertahankan lafaz cerai yang didakwa dibuat terhadap isterinya, aktres Ida Nerina Hussein tahun lalu.

Sha'arin, 40, juga akan memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut pada 13 dan 21 April depan yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Terdahulu, Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menetapkan tarikh itu di kamarnya setelah beliau dimaklumkan peguam bahawa Ida Nerina, 45, tidak hadir kerana berada di India bagi menjalani rawatan.

Heroin filem Anak itu sebelum ini membantah keras dakwaan suaminya yang dia telah diceraikan talak satu pada Hari Raya Kedua Aidil- fitri, September tahun lalu.

Menurut peguam syarie, Akbardin Abdul Kader yang mewakili Ida Nerina, anak guamnya ada menghubunginya dan beritahu tidak dapat hadir pada sebutan kes itu semalam.

Telan pisau cukur bukan didera


SIVA (kanan) dan Narander pada sidang akhbar di Penjara Sungai Buloh berhubung isu Raja Azman yang didakwa menjadi mangsa dera secara mental dan fizikal.


SUNGAI BULOH - Dakwaan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang mengatakan anaknya menelan pisau cukur kerana tidak tahan didera secara mental dan fizikal semasa dalam tahanan ternyata tidak benar.

Sebaliknya, anak kedua Raja Petra, Raja Azman, 34, membuat pengakuan tidak mengalami sebarang penderaan sebagaimana yang didakwa oleh bapanya dan hebahan beberapa portal berita lain.

Pengakuan itu dibuat Raja Azman kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengadakan lawatan dua jam ke Penjara Sungai Buloh semalam bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Siva Subramaniam berkata, berdasarkan pertemuan tertutup pihaknya dengan Raja Azman, dia mengaku menelan pisau cukur kerana tidak puas hati diletakkan secara berasingan daripada tahanan lain.

RangBul@an:

Cuba fikirkan apa bedanya dua keadaan yang RangBul@an tandakan.

Tidak puas hati dengan didera secara mental dan fizikal; orang tak hati kerana apa? Tidakkah terdera mental & fizikal juga punca tidak puas hati.

Ellie tarik diri, Erma jadi ganti


ELLIE


KUALA LUMPUR - Pementasan teater muzikal berunsur keagamaan, Antara... yang mula dipentaskan pada pukul 8.30 malam ini di Istana Budaya di sini akan tetap diteruskan biarpun pengarahnya, aktres Ellie Suriaty Omar menarik diri.

Menurut penerbit dan penulis skripnya, Erma Fatima, disebabkan tindakan Ellie pada saat-saat akhir itu, dia terpaksa turun padang untuk menjadi pengarah pementasan teater selama tiga hari itu.

"Ini bukan soal siapa yang akan menjadi pengarah Antara..., tetapi pementasan akan diteruskan. Maka, terpaksalah saya yang menjadi pengarah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya punca Ellie menarik diri, Erma yang pernah mengarah teater Sirah Junjungan dan Natrah di Istana Budaya menjawab: "Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberikan komen kerana ia boleh mengaibkan orang."

"Namun, apa pun yang Ellie akan komen mengenai perkara ini, saya halalkan. Saya malas hendak layan kontroversi lagi. Bukan tujuan saya nak cari publisiti murahan."

Sementara itu, Ellie ketika mengulas mengenai kontroversi tersebut memberitahu, dia menarik diri daripada mengarah teater tersebut kerana tidak berpuas hati dengan campur tangan Erma.

C.I.N.T.A Sebelum & Selepas





CINTA
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Penyamun kebas puisi Samad Said

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

KOTA DAMANSARA: Seorang sasterawan terkilan apabila hasil terjemahan koleksi puisi hasil karya Sasterawan Negara, A Samad Said yang baru disiapkannya, dilarikan perompak dalam kejadian samun di kediamannya di sini, malam tadi.

MANGSA SAMUN...Muhammad Ghozali dan isterinya, Ratnawati menceritakan rompakan di rumah mereka, malam tadi.

Mangsa Muhammad Ghozali Abd Rashid atau nama penanya Malim Ghozali PK, 61, berkata tiga perompak dipercayai warga asing menyerbu masuk ke kediamannya kira-kira jam 8.50 malam sejurus dia membuka pintu pagar untuk menyambut kedatangan tetamu.


“Kejadian berlaku terlalu pantas dan ketika itu saya bersama isteri, tiga anak, pembantu rumah dan dua tetamu diarah melutut. “Tiga bilah parang diletakkan di leher termasuk pada anak bongsu berumur tujuh tahun menyebabkan kami menyerahkan barang berharga.

“Pada masa sama, perompak terbabit cuba mengambil peti besi namun gagal kerana banyak beg cuba dilarikan termasuk dua beg komputer riba dan beg tangan isteri yang diletakkan di ruang tamu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, lebih terkilan apabila penjenayah terbabit turut melarikan salinan asal puisi karya Sasterawan Negara berjudul Puisi Panjang Al-Amin setebal 300 muka surat yang baru selesai diterjemahkan ke bahasa Inggeris setelah dua bulan bertungkus-lumus menyiapkannya.

Sementara itu, isteri mangsa Ratnawati Jamil, 47, seorang penulis kanan di Primework Studio, berkata setelah melarikan barangan berharga, perompak terbabit mengurung mereka dengan melarikan kunci pintu pagar automatik rumah itu.

“Kemudian, kami terdengar jeritan daripada jiran sebelah meminta tolong dan kira-kira 10 minit kemudian polis tiba memberi bantuan namun penjenayah itu sudah melarikan diri menaiki dua motosikal.

“Jumlah kerugian dianggarkan hampir RM40,000 namun saya bersyukur kerana anak bongsu kami tidak dicederakan,” katanya.

Senarai Orang Terkaya di Malaysia

Pasti setiap orang terdetik ingin mengetahui siapa sebenarnya individu paling kaya di Malaysia, semakan di enjin carian google juga menunjukkan perkataan “Terkaya Malaysia” banyak digunakan dalam enjin carian google cahaja, belum termasuk carian lain seperti Yahoo, livesearch dan sebagainya. Maksudnya ramai pihak berminat untuk mengetahui siapa sebenarnya individu paling kaya di Malaysia.

kayamalaysia

Setakat ini senarai yang dikeluarkan di Forbes.com oleh Suzanne Nam bertarikh 21 Mei 2008 telah menunjukkan jutawan Robert Kuok sebagai individu paling kaya di malaysia dengan aggaran harta bernilai $10 billion. Jutawan berusia 84 tahun dan mempunyai 8 orang anak tersebut menceburi pelbagai bidang perniagaan di Malaysia termasuk juga do Hong Kong.

Senarai lengkap 40 individu terkaya di Malaysia setakat 21 Mei 2008 adalah:
Rank Name Net Worth~~~~($BIL) ~~~~~Umur
1 Robert Kuok~~~~~~~~~~~10.00~~~~~ 84
2 Ananda Krishnan ~~~~~~~~7.20 ~~~~~70
3 Lee Shin Cheng ~~~~~~~~~ 5.50~~~~~69
4 Teh Hong Piow~~~~~~~~~~3.50~~~~~ 78
5 Lee Kim Hua & family~~~~~3.40~~~~~79
6 Quek Leng Chan~~~~~~~~~2.40~~~~~67
7 Yeoh Tiong Lay & family~~~~2.10~~~~ 78
8 Syed Mokhtar AlBukhary~~~1.80~~~~~56
9 Vincent Tan~~~~~~~~~~~~~1.30~~~~~56
10 Tiong Hiew King~~~~~~~~~1.10~~~~~78
11 Azman Hashim~~~~~~~~~~0.70~~~~~68
12 William H. J. Cheng~~~~~~~0.66~~~~~65
13 Lee Swee Eng~~~~~~~~~~~0.50~~~~~52
14 Ong Beng Seng~~~~~~~~~~0.47~~~~~63
15 Lim Kok Thay~~~~~~~~~~ 0.35~~~~~56
16 Vinod Sekhar~~~~~~~~~~~0.32~~~~~40
17 Lee Oi Hian~~~~~~~~~~~~ 0.30~~~~~57
18 Yaw Teck Seng~~~~~~~~~~0.30~~~~~70
19 Anthony Fernandes~~~~~~~0.29~~~~~44
20 Mokhzani Mahathir 0.29 47 (Anakanda Mantan PM)

21 Kamarudin Meranun~~~~~~ 0.28~~~~ 47
22 Jeffrey Cheah~~~~~~~~~~~~0.28~~~~63
23 Lee Hau Hian~~~~~~~~~~~~0.25~~~~55
24 Chong Chook Yew~~~~~~~~~0.25~~~~86
25 Yaw Chee Ming~~~~~~~~~~ 0.24~~~~49
26 G. Gnanalingam~~~~~~~~~~0.23~~~~63
27 Lim Wee Chai~~~~~~~~~~~~0.20~~~~50
28 Kua Sian Kooi~~~~~~~~~~~~0.20~~~~55
29 Lau Cho Kun~~~~~~~~~~~~~0.19~~~~72
30 Abdul Hamed Sepawi~~~~~~~0.18~~~~58
31 David Law Tien Seng~~~~~~~0.17~~~~ NA
32 Tiah Thee Kian~~~~~~~~~~~0.16~~~~61
33 Liew Kee Sin~~~~~~~~~~~~~0.16~~~~50
34 Ahmayuddin bin Ahmad~~~~~0.16~~~~51
35 Eleena Azlan Shah~~~~~~~~~0.15~~~~48
36 Lin Yun Ling~~~~~~~~~~~~~0.15~~~~53
37 Ong Leong Huat~~~~~~~~~~~0.13~~~~64
38 Lim Thian Kiat~~~~~~~~~~~0.12~~~~50
39 Khoo Kay Peng~~~~~~~~~~~0.11~~~~ 69
40 Nazir Razak~~~ 0.10~~~ 41 (Adinda PM Kini)

Apa yang anda dapat pelajari dari senarai di atas? pelbagai analisa asas boleh dibuat terhadap senarai di atas. Contoh yang analisa yang saya boleh buatkan berdasarkan senarai di atas adalah:

1. Jumlah atau nilai kekayaan individu terkaya di Malaysia adalah sebanyak $10 Billion, cuma tidak dapat di pastikan simbol $ mewakili nilai matawang USD ataupun RM. Maksudnya kalau di tukarkan kepada RM jumalh kekayaaan Robert kuok adalah sebanyak RM38.0 bilion dengan mengambilkira kadar tukaran matawang tetap sebanyak USD 1 = RM3.80;

2. Semakan berhubung sumber kekayaan jutawan Robet Kuok terlibat dalam bidang ‘Agribusiness’, secara asasnya boleh dikatakan bidang perniagaan berasaskan pertanian sebenarnya mampu menjana pendapatan yang lumayan;

3. Umur tertua di kalangan 40 individu terkaya adalah 86 tahun iaitu Chong Chook Yew manakala jutawan termuda pula berumur 40 awal tahun iaitu Vinod Sekhar 40 & Nazir Razak 41.

Ada harapan ke kita nak jadi jutawan macam mereka ni?

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2007;

  1. Robert Kuok USD 5.6 billion
    83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.
    Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group
  2. Ananda Krishnan USD 4.6 billion
    68 tahun, bercerai, 3 orang anak.
    Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad.
  3. Teh Hong Piow USD 2.1 billion
    76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
    Public Bank.
  4. Lee Shin Cheng USD 2.05 billion
    67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
    IOI
  5. Quek Leng Chan USD 2 billion
    65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Hong Leong Group, Guoco Group.
  6. Lim Goh Tong USD 1.5 billion
    88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
    Genting Groups.
  7. Yeoh Tiong Lay USD 1.1 billion
    76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.
    YTL Corporation.
  8. Tiong Hiew King USD 1.05 billion
    70 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Rimbunan Hijau Group, Ming Pao Enterprises.
  9. Syed Mokhtar AlBukhary USD 1 billion
    54 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
    Malaysia Mining Corporation(MMC)
  10. Lim Kok Thay USD 440 juta
    54 tahun, berkahwin. Anak Lim Goh Tong (no.6)
    Genting Group, Star Cruises.
  11. Azman Hashim USD 405 juta
    66 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
    AM Group, Ambank.
  12. Vincent Tan USD 355 juta
    54 tahun, berkahwin.
    Berjaya Group.
  13. Kua Sian Kooi USD 285 juta
    54 tahun.
    Kurnia Asia.
  14. Lim Wee Chai USD 210 juta
    48 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
    Top Glove.
  15. Anthony Fernandes USD 205 juta
    42 tahun, berkahwin.
    AirAsia.
  16. Vinod Sekhar USD 200 juta
    37 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
    Petra Group.
  17. G. Gnanalingam USD 170 juta.
    62 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Westports (rakan kongsi Ahmadayuddin no.24)
  18. Kamarudin Meranun USD 165 juta
    45 tahun, berkahwin.
    Executive Director (Corporate Finance) AirAsia.
  19. Chong Chook Yew USD 145 juta.
    84 tahun, janda (balu kepada Wen Tien Kuang), 4 orang anak.
    Selangor Properties
  20. Hamdan Mohamad USD 140 juta.
    50 tahun.
    Ranhill Group.
  21. Jeffrey Cheah USD 125 juta.
    Sunway Group.
  22. Mustapha Kamal Abu Bakar USD 120 juta.
    57 tahun.
    MK Land.
  23. Abdul Hamid Sepawi USD 120 juta.
    56 tahun.
    Ta Ann, Naim Cendera
  24. Ahmadayuddin Ahmad USD 115 juta.
    50 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
    Westports (rakan kongsi G Gnanalingam no.17)
  25. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir USD 110 juta.
    59 tahun.
    Killinghall, bekas pengerusi dan pemegang saham terbesar Southern Bank.
  26. Lee Hau Hian USD 100 juta
    53 tahun.
  27. Lee Oi Hian USD 100 juta
    55 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
  28. Lee Soon Hian USD 100 juta
    49 tahun.
    Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn.
  29. Tiah Thee Kian USD 95 juta.
    58 tahun, berkahwin.
    TA Enterprise
  30. Tan Teong Hean USD 95 juta.
    63 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
    Bekas Ketua Pengarah Executive Southern Bank.
  31. Lim Thian Kiat USD 95 juta.
    47 tahun.
    Bekas Pengerusi Multi Purpose Holdings.
  32. Yaw Teck Seng USD 90 juta.
    68 tahun.
    Samling Group, Lingui Development, Glenealy Plantations.
  33. Lim Tong Yong USD 85 juta.
    56 tahun.
    Bekas Ketua Executive Pantai Group.
  34. John Chia USD 80 juta.
    57 tahun.
    Unisem
  35. Rozali Ismail USD 80 juta.
    50 tahun.
    Puncak Niaga.
  36. Ong Leong Huat USD 75 juta.
    62 tahun.
    OSK Group.
  37. Lau Cho Kun USD 75 juta.
    Malaysian Mosaics.
  38. William Cheng USD 70 juta.
    63 tahun.
    Lion Group
  39. Shaari Ismail USD 70 juta
    51 tahun.
    Pemegang saham Puncak Niaga, abang Rozali Ismail (no.35).
  40. Kasi K.L. Palaniapan USD 65 juta
    48 tahun.
    MK Land (rakan kongsi Mustapha Kamal no.22)

24.2.10

K'jaan tangguh umum tarif baru elektrik


Feb 24, 10 6:02pm

Kertas cadangan mengenai tarif elektrik masih dalam pertimbangan kabinet.

Oleh itu tiada sebarang pengumuman mengenai perkara itu dibuat, demikian menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam dilaporkan sebagai berkata bahawa kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik hari ini.

Beliau dilaporkan berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

RangBul@n:

Rata-rata golongan sokongan yang bergaji rendah jika tinggal di bandar tak kurang RM100 setiap bulan membayar bil elektrik. Apakah setiap tahun TNB masih kerugian. RangBul@n sendiri setiap bulan terpaksa membayar sekitar RM150 dengan wang bersara tak sampai pun RM1,000. Ini pun di rumah RangBul@n tak pakai penghawa dingin. Apa sebenarnya kerajaan mahu dengan tarif baru yang tentunya lebih membebankan rakyat.

Terkadang RangBul@n terfikir... Apakah PM sendiri membayar bil elektrik sebanyak kami setiap bulan dari gajinya?.

Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu


Abdul Rahim Sabri
Feb 24, 10
7:05pm

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

MalaysiaKini

Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak



Salhan K Ahmad
Feb 24, 10
1:29pm

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Enam laporan polis

Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.

"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.

“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk," petisyen setebal enam halaman itu dipetik.

Digelar 'hitam, jijik, kotor'

Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.

"Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.

"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.

"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu lagi.

Menurut Sokyen, kira-kira 2,000 Orang Asli mendiami kawasan sekitar Gombak. Masyarakat tersebut, tambahnya, bergantung kepada hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.

MalaysiaKini.

Peluang terakhir Anwar dapatkan bukti tambahan


Feb 25, 10 11:24am

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar sama ada untuk membenarkan semakan keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

MalaysiaKini

22.2.10

MP Australia jawab tuduhan Abdul Hadi campur tangan

Posted on Monday, February 22 @ 06:26:55 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk

Analisis Isu
Oleh:
nanbinjai

Anas ra, berkata, Rasulullah saw bersabda: "Berikanlah pertolongan saudara mu itu, baik ia sebagai orang melakukan kezaliman atau sebagai orang yang dizalimi."

Para sahabat bertanya: "Apabila ia tergolongan orang yang dianiaya, kita lalu menolongnya, maka hal ini telah kita maklumi tetapi bagaimanakah kita akan memberi pertolongan kepada saudara yang justeru sebagai orang yang menganiaya?"

Nabi saw bersabda: "Kita ambil diatas kedua tangannya" (Kata ini adalah suatu kiasan yang maksudnya: Kita wajib melarang ia untuk meneruskan kezalimannya dengan perbuatan, apabila tidak dapat berbuat demikian cegahlah kezalimannya dengan ucapan atau nasihat yang baik dan jika cara ini pun tidak kita lakukan, maka sebaiknya kita melaporkannya kepada yang berautoriti menyelesaikan persoalan itu)

Jika diamati hadis sahih Bhukari dalam bab memberi pertolongan kepada orang yang melakukan kezaliman dan orang yang dizalimi, maka ada sandaran yang benar protes 50 ahli parlimen (MP) Australia desak kerajaan Malaysia gugurkan dakwaan liwat keatas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selalu menyebut hadis ini dalam ceramah beliau tetapi kenapa protes MP Australia sebagai sikap beliau menegur kerajaan Malaysia tidak dipersetujui Abdul Hadi.

Dalam kenyataan terbaru MP dan Senator negara itu mendesak agar kes liwat kedua Anwar digugurkan atas semangat Malaysia sebagai “rakan dan negara jiran” seolah menjawab kenyataan Abdul Hadi sebelum ini.

Seolah ada penghayatan MP Australia terhadap hadis diatas tadi. Soal MP itu bukan Islam. Itu perkara lain kerana kita hendaklah memegang konsep Islam untuk sekelian alam.

Selanjutnya baca di http://eraaddeen.blogspot.com/

Tranungkite.

RangBul@n:

RangBul@n pun tak pasti apa sebenarnya muslihat yang tersembunyi kenapa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tak mahu MP Australia campur tangan atau menyarankan kes liwat DS Anwar agar digugurkan.

Mungkinkah dengan... seandainya menyumbat & menyebat DS Anwar di penjara, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasakan PR akan lebih mendapat sokongan rakyat. Atau pun jika DS Anwar berjaya menangkis tuduhan liwat ini akan membuktikan BN sengaja bersendawara.

Paling kita takuti seandainya di akhirat nanti terbukti DS Anwar sememangnya menjadi mangsa politik kotor negara kita. Yang nyata sekarang DS Anwar telah berjaya diaibkan. Betapa martabat keluarganya amat tercemar kini. Pandangan masyarakat dalam kes liwat ini telah pun terbagi dua. Kita malu sendiri yang namanya kaum Melayu membiarkan nanar ini terusan merebak, berkurun lamanya akan tersimpan di lipatan sejarah. Tak cukupkah sejarah lalu mengenalkan kita siapa sebenarnya pejuang & pahlawan sejati buat bangsa & nusa yang terkorban, terpenjara tanpa pembelaan saksama.

Izin Bukan Bererti Redha

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.

Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’ (DBP reda). Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).

Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah.

Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka.

Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.

Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.

Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”.

Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.

Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.

Sebab itu dalam al-Quran Allah gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin Allah. Jika Allah tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini.

Namun bukan semestinya apa yang Allah izinkan berlaku itu, Allah meredhainya. Firman Allah: (maksudnya)

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).

Allah menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.

Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Umar, ayat 7).

Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan faham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan. Dalam perjanjian Hudaibiyyah Nabi s.a.w dan Musyrikin Quraish Mekah, baginda ingin agar kepala perjanjian itu ditulis dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.

Namun wakil Quraish, Suhail bin ‘Amr tidak bersetuju. Dia mahu supaya ditulis seperti kebiasaan Quraish dalam menulis perjanjian iaitu BismikaAllahumma (Dengan NamaMu Ya Allah). Nabi s.a.w bersetuju dan mengizinkannya, walaupun hakikatnya baginda tidak redha demikian. Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.

Saya jelaskan noktah perbezaan ini untuk mengelakkan tuduh-menuduh sesama umat Islam dalam banyak perkara. Isu nama Allah umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.

Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan Allah dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.

Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama Allah. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim.

Hati-hati wahai pembaca, ramai orang di dunia ini yang sering memutar belitkan ayat dan kalimat orang lain, lalu menyalahtafsirkan mengikut kehendaknya supaya dia dapat menghukum orang yang dimusuhinya. Setiap kita akan berdiri di hadapan Mahkamah Allah di Hari Kiamat, maka bersikap adillah!

RangBul@n:

Ada banyak kelonggaran pendapat yang boleh RangBul@n rasai akan huraian tulisan Dr Asri ini. Terutama dalam banyak keadaan kita yang hidup bermuhibah dengan banyak bangsa di Malaya ini.

Jika kita bersandarkan beri izin & tidak reda sahaja apakah cukup rasanya kita selamat; seumpama kita memberi izin mengeluarkan lesen jual beli arak, sedangkan dalam kitab kita tertulis nyata; bab arak ini semua yang terlibat akan menanggung dosanya.

Dapatkah kita katakan kita tak reda mengeluarkan lesen jual beli arak, sedangkan ianya terusan diperniagakan.

Samalah keadaannya bila kita benarkan kaum asing mendirikan tempat ibadah mereka maka terjadilah apa yang pernah RangBul@n tuliskan. Di satu kawasan terdapat sebuah masjid tua & dua buah kuil yang gah lagi tersergam besarnya. Tidakkan ini menunjukkan kita terlalu berlebih kurang sedangkan hakikatnya tempat ibadat mereka semakin lebih mencabar tempat ibadat kita.

Itu yang berlaku di Batu Cave, tenguklah sekarang betapa besarnya kuil agama Hindu ini. Agama yang terbesar penganutnya di negara ini adalah Islam, Hindu, Kristian & Buddha. Jika kita mahu memberikan layanan samarata pastinya penganut agama lain impikan tempat ibadat mereka sebesar agama Hindu; Masjid bagi kita beragama Islam mungkin tak boleh dipersoalkan sebab ini agama rasmi negara. Seyogia jangan nanti kita pertikaikan, akan ujud gereja paling besar, akan ujud tokong paling besar bagi penganut agama asing yang makin ramai di bumi Tanah Melayu ini.

Ulasan Dr Mohd Asri Tentang Hukuman Sebat Wanita Di Penjara Kajang

Beberapa pihak telah mengulas tentang hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa orang wanita muslimah. Saya ditanya berulang kali tentang hal ini. Berikut adalah beberapa perkara penting yang ingin saya sentuh;

1. Sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi (zina dan meminum arak) adalah sebatan yang tidak mencederakan. Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja.

Ini amat berbeza dengan sebatan yang biasa diamalkan bawah mahkamah sivil. Jika sebatan yang dilaksanakan itu –inilah juga yang dimaklumkan oleh pihak berkenaan- tidak mencederakan, atau menimbulkan kesakitan yang melampau, maka ia sesuatu yang mempunyai unsur-unsur islamik, dan itu lebih baik dari memenjarakan mereka berbulan atau bertahun yang lebih memberikan penderitaan kepada mereka. Membantah perlaksanaan hukuman tersebut adalah tidak wajar.

2. Persoalan yang patut juga diambil berat; bagaimanakah proses yang membawa mereka didakwa dan seterusnya dihukum? Jika kesalahan itu mereka lakukan di tempat terbuka, atau didedahkan kepada orang lain seperti di pusat-pusat hiburan, aktiviti pelacuran yang mencari pelanggan dan seumpamanya, maka mereka layak untuk dihukum. Namun, jika mereka itu ditangkap setelah pihak berkuasa agama mengintip dan menceroboh masuk ke kawasan persendirian yang tertutup, maka proses situ bercanggah dengan nas-nas Islam.

Hal ini telah disebut oleh ramai sarjana sejak dahulu seperti al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H), begitu juga Sayyid Qutb, Dr al-Qaradawi dan ramai yang lain. Para sarjana menyebut bahawa antara syarat Amar Makruf dan Nahy Munkar: An yakuna al-Munkar Zahiran min ghair tajassus (Hendaklah munkar itu zahir kelihatan tanpa intipan).

Bagi yang memahami bahasa Arab mereka boleh membaca bagaimana hampir semua tulisan berkaitan Amar Makruf dan Nahy Munkar yang ditulis oleh berbagai penulis meletakkan syarat tersebut. Sila lihat dalam internet begitu banyak artikel berbagai sarjana di peringkat antarabangsa yang mengingatkan tentang syarat ini. Hanya mereka yang primitive sahaja yang mengintip maksiat peribadi orang lain.

Saya telah tulis beberapa artikel tentang hal ini. antaranya artikel Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari. Maka jika wanita-wanita tersebut dicemari hak mereka secara intipan lalu dihukum, maka itu menyanggahi ruh islami. Namun, jika mereka melibatkan diri dalam maksiat terbuka seperti di pusat-pusat hiburan, pentas-pentas lakonan dan seumpamanya, mereka layak dihukum.

3. Hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil (not only be fair but seen to be fair). Masyarakat akan memandang serong kepada setiap hukuman yang hanya menghukum anak bilis dan membiarkan jerung. Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi tauke-tauke atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

Ini termasuk mana-mana individu muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Empunya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan. Maka pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabit individu muslim sekalipun ‘kelompok yang dianggap kebal’ dalam negara ini.

4. Kecenderungan Islam bukanlah menghukum, tetapi mendidik. Jika terdapat jalan keluar agar mereka tidak dihukum disebabkan maksiat peribadi (zina dan arak), maka itulah yang paling utama. Nabi s.a.w dalam berbagai riwayat menunjuk cuba mengelak dari mengambil kes-kes zina dan memberikan berbagai alasan agar pelakunya tidak dihukum. Kes Maiz bin Malik dan berbagai yang lain menunjukkan baginda Nabi s.a.w tidak mahu kes-kes ini diteruskan ke peringkat hukuman, sebaliknya baginda mementing taubat individu berkenaan.

5. Banyak rakaman-rakaman yang tersiar dalam internet yang menunjukkan bagaimana operasi ‘tangkap khalwat’ begitu kejam dan sengaja mendedahkan keaiban mangsa. Ini seperti diambil gambar mangsa dalam keadaan bogel, disuruh mangsa mempamirkan pakaian dalamnya kepada kamera dan seumpamanya. Pegawai-pegawai yang terbabit dalam operasi yang seperti ini hendaklah diambil tindakan kerana mencemarkan maruah agama yang mulia ini dan maruah orang lain.

6. Hendaklah dielakkan gambaran bahawa negara ini kerap menghukum wanita. Apakah mereka melakukan kesalahan bersendirian? Amat membimbangkan, imej Islam yang sering dikaitkan media Barat dengan Malaysia akan menyebabkan mereka menyangka ini merupakan cara Islam yang selalu menghukum wanita, dan tidak pula menonjolkan hukuman terhadap lelaki yang terbabit. Maka, hukuman terhadap lelaki-lelaki yang terbabit juga hendaklah diumumkan dengan jelas dan media diminta menyiarkannya bersama.

7. Beberapa NGOs yang cuba mengkritik perlaksanaan hukuman ini hendaklah berhati-hati. Jika mereka muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka. Jika mereka membantah perlaksanaan semasa, mereka hendaklah tumpukan kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikaikan hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga bukan muslim, jangan mereka mempertikaikan al-Quran dan Nabi orang Islam, itu boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara dalam negara yang harmoni ini.

8. Usaha menerapkan unsur-unsur Islam dalam negara ini merupakan satu usaha baik dan disanjung. Namun, dalam konteks negara moden, proses ini hendaklah dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Negara beragama adalah tuntutan, tetapi negara autocratic agama amat menakutkan. Beberapa pengalaman Pakistan dan Afghanistan yang lepas patut diteliti. Maka, badan pemantau kepada perkembangan ini yang terdiri dari cendiakawan-cendiakawan muslim yang terbuka dan tidak sifat orthodoxy perlu diwujudkan untuk memberi pandangan balas kepada kerajaan.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin,
Penang, 22 Feb 2010

Dr Asri, Sinar Harian disaman RM1.5 juta

Feb 22, 10 2:52pm

Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur pada 11.22 pagi ini.

Dalam saman itu, Nakhaie sebagai palntif menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan pertama hingga kelapan.

Hussamuddin merupakan penerbit akhbar Sinar Harian, manakala Sri Diah, Azmi dan Lailatun Khalilah adalah editor akhbar tersebut dan Siti Azila merupakan wartawannya.

Kumpulan Karangkraf merupakan pemilik akhbar Sinar Harian, dan syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar terbabit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 Nov tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada semua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.

Sementara itu dalam sidang media di luar mahkamah, Nakhaie memberitahu pemberita bahawa beliau telah beberapa kali memberi peluang kepada Asri untuk membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataan tetapi beliau gagal berbuat demikian.

- Bernama

Asri sedia ke mahkamah
Abdul Rahim Sabri
Feb 22, 10
5:19pm

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini bersedia memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan bahawa beliau telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadap bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad.

Dr Mohd Asri diminta mengulas tindakan Nakhaie, 57, memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadapnya. Saman itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur pagi tadi, terhadap bekas mufti Perlis itu serta tujuh yang lain, termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Kenyataan fitnah itu didakwa dibuat dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun yang sama.

"Saya sudah bersedia, kalau nak saman saya, kita jawablah di mahkamah. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Dalam saman itu, Nakhaie menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan.

Nakhaie juga adalah pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa kenyataan itu memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan defendan pertama (Dr Mohd Asri) yang dikeluarkan di akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata, beliau tidak menyebut nama Nakhaie sebagai dalang dalam isu memorandum tersebut.

MalaysiaKini


Mahfuz: Umno nak kucar kacir k'jaan PR

Feb 16, 10 6:06pm

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang mencerminkan sikap Umno yang didakwanya bermatlamat menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar kacirkan kerajaan PR (Pakatan Rakyat) dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno (ialah) untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerajaan Pulau Pinang didakwa telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada 26 Februari ini. Bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikannya.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, satu perkara pelik mutakhir ini ialah apabila Umno begitu ghairah mempertahan dan memperjuangkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

"Sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR Pulau Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah-olah kerajaan Pulau Pinang anti-Islam," katanya.

"Bagi saya, berarak Maulidur (Rasul) tak salah, tak berarak tidaklah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi, kemudian tolak apa yang Nabi suruh," katanya.

Menurutnya lagi, apa guna berarak dan berselawat jika kemudiannya melakukan rasuah dan melakukan salahguna kuasa.

Mahfuz juga menyifatkan golongan tersebut menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan mereka.

Pada hal, tegasnya, di Kedah, perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan sejak zaman pemerintahan Umno lagi.

Namun, ketika itu, katanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pula mempersoalkan menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mahazir Khalid mengapa perarakan Maulidur Rasul dibatalkan.

Begitu juga dengan media arus perdana yang juga tidak mempersoalkannya, tegas Mahfuz lagi.

Malah, katanya, banyak lagi negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno yang tidak mengadakan perarakan tersebut.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa perarakan Maulidur Rasul tidak salah, dan tidak berdosa jika tiada perarakan.

Sebaliknya, kata beliau, yang bersalah dan berdosa ialah apabila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat dan melakukan provokasi membakar gereja, surau dan melempar kepala babi ke dalam masjid.

MalaysiaKini

Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul


Feb 22, 10 5:59pm

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat',” katanya.

21.2.10

'Selar' MP Australia: Hadi beri penjelasan (Ceritera)


Jimadie Shah Othman
Feb 20, 10
3:13pm

Pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap anggota parlimen Australia - yang didakwa campurtangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - harus dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh, kata setiausaha politik kepada presiden PAS itu.

"Kena lihat secara keseluruhan terhadap apa yangg disebut oleh presiden PAS. Beliau menekankan bahawa tentu proses kehakiman dan perundangan dalam negara kita sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar membuat protes.

"Ini mesti dibetulkan supaya proses keadilan wujud," kata Dr Samsuri Mokhtar kepada Malaysiakini hari ini.

"Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa."

Dr Samsuri diminta menjelaskan pendirian sebenar Abdul Hadi yang dilaporkan menyelar 50 ahli parlimen Australia yang telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.

Bernama semalam melaporkan, Abdul Hadi mahukan kes ketua umum PKR itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.


Hadi selar ahli parlimen Australia
Feb 19, 10 7:07pm
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

Mengenai cadangan PAS untuk menjalin kerjasama dengan Umno dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan Umno.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku.

- Bernama

Anwar: BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti


Athi Shankar
Feb 21, 10
6:38pm

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

19.2.10

Rakyat digantung kes Anwar-Saiful


Hishamuddin Rais
Feb 19, 10
2:04pm

Akhirnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Perbicaraan ini satu kes ulang buat. Dalam dunia filem, ulang buat bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya daripada hasil jualan tiket.

King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kong diulang buat pada 2005.

Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.

Lawak bodoh

Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh.

Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat.

Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.

Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat - satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.

BN menahan marah

Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.

Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.

Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.

Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.

Dialog seorang supir

Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak.

Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat 'the last bottom show'.

Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-juta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.

Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.

Lawak seram

Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.

Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.

Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.

Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita - naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.

Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.

Lucah dan meloyakan

Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.

Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

18.2.10

Membina disiplin cara Jepun

Universiti Malaya menyediakan kursus Rancangan Persediaan Khas ke Jepun bagi memberi peluang kepada pelajarnya menimba ilmu dan kemahiran berharga di Negara Matahari Terbit itu.


WAJAH-WAJAH ceria 108 pelajar Universiti Malaya yang berjaya menamatkan kursus Rancangan Persediaan Khas ke Jepun yang ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

BAYANGKAN jika anda perlu belajar subjek kimia, fizik dan matematik dalam bahasa Jepun. Hendak memahami lenggok bahasa dari negara pengeluar kereta Honda itupun sukar, inikan pula belajar subjek menggunakan bahasa tersebut. Membayangkannya pun boleh 'menggerunkan' pelajar.

Namun, perkara tersebut bukan satu masalah bagi pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) dari Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Sebaliknya, ia adalah cabaran yang menyeronokkan!

Bagi seorang wakil pelajar RPKJ tahun dua, Hawa 'Alima Abdul Latiff, 20, minat terhadap kartun animasi Jepun, dia sanggup mencari maklumat mengenai bahasa tersebut di Internet dan mendalami maksudnya.

"Sejak di sekolah menengah, saya sudah terdedah dengan kartun dan cerita Jepun. Secara tidak langsung, minat ke arah bahasa tersebut mula timbul.

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mula mencari kursus yang melibatkan bahasa Jepun. Ternyata pencarian saya berhasil apabila mendapat maklumat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya yang memohon kursus Kejuruteraan Jepun pada masa itu.

Disiplin

Gadis yang memiliki raut wajah persis personaliti popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain itu memberitahu, dia dipanggil untuk sesi temu duga dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran dalam kursus RPKJ.

Kursus RPKJ menawarkan lima subjek utama iaitu kimia, fizik, matematik, bahasa Jepun dan Inggeris.

Hawa merupakan salah seorang daripada 108 orang pelajar RPKJ kumpulan ke-27 UM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti di Jepun pada hujung Februari ini.

Hawa yang juga merupakan pelajar cemerlang RPKJ berjaya memperoleh Hadiah Buku Lembaga Tabung Amanah Sojitz pada majlis itu.


HAWA 'ALIMA ABDUL LATIF (kanan) menunjuk sijil tamat kursus kepada rakan seangkatannya, (dari kiri) Nur Izzatur Ismail, Fatin Amirah Mohamed Yusoff, Ridzuan Azlan dan Danial Abdul Rahim Azmir.


Empat pelajar lain yang turut mendapat anugerah pelajar cemerlang ialah Azmir Ridzuan Azlan, Danial Abd. Rahim, Fatin Amirah Mohamed Yusoff dan Nur Izzatur Ismail.

Menariknya, tanggungan pembelajaran selama empat tahun di Jepun bagi kesemua pelajar tersebut ditaja sepenuhnya oleh JPA.

"Penghantaran pelajar ke Jepun ini selaras dengan Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Ia bertujuan untuk mempraktikkan pemodenan industri terpilih dan budaya yang dicipta oleh Jepun di Asia Timur," kata Pro-Canselor UM, Datuk Seri Dr. Aishah Ong.


MASYARAKAT Jepun terkenal dengan disiplin, rajin berusaha, komited dan rajin berusaha.


Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Rancangan Persediaan Khas ke Jepun bagi sesi 2009/2010 di Dewan Canselor UM, baru-baru ini.

Menurut Aishah, Negara Matahari Terbit itu terkenal dengan nilai-nilai seperti berdisiplin, rajin berusaha, komited dan berfikiran kolektif termasuk pencapaian cemerlang dalam bidang keilmuan.



Sejak program itu diperkenalkan pada 1982, pelajar yang berjaya menamatkan kursus RPKJ akan dihantar ke Jepun setiap tahun.

Pelajar akan belajar bahasa Jepun dan subjek lain selama dua tahun di UM dan kemudiannya akan memilih kursus-kursus yang diminati semasa melanjutkan pelajaran di Jepun.

Seorang lagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun, Fatin Amirah Mohamed Yusoff, 20, menyatakan kegembiraannya kerana berjaya melanjutkan pelajaran dalam kursus Kepintaran Buatan (AI).

"Sememangnya kursus AI menjadi pilihan kerana saya bercita-cita ingin membuat kartun animasi sendiri suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Guru-Guru Jepun, Profesor Junichi Watanabe, melatih pelajar menjadi seorang yang kreatif adalah objektif utama dalam pendidikan universiti.

"Para pensyarah di Jepun mengharapkan anda akan menjadi lebih berdikari berbanding semasa di RPKJ. Ini kerana perkara pertama yang akan diminta oleh pensyarah di Jepun adalah merangka pelan kerja dan seterusnya mempraktikkannya dengan semangat dan azam yang tinggi," kata Junichi atau nama Islamnya, Jamal Junichi Watanabe.

Turut hadir Duta Besar Jepun di Malaysia, Masahiko Horie dan Pengurus Besar Sojitz Malaysia Sdn. Bhd., Makoto Mori. - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA