Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.5.13

Tentera siber kian menggila

Sepanjang kempen pilihan raya, tentera siber atau cyber trooper betul-betul menggila. Mereka menyerang siapa saja yang menggunakan alam maya khasnya mereka yang memihak kepada kerajaan. Jika ada saja berita atau maklumat mengenai sesuatu perkara, tentera siber ini akan memintas dan menyatakan apa saja mengikut suka hati mereka. Mereka bukan saja mengherdik dengan kata nista tapi juga maki hamun dengan kata-kata yang tak sepatut. Jika seseorang menyatakan sokongan atau memuji kerajaan, mereka akan diserang bertubi-tubi.

Banyak laporan polis dibuat bagi mereka yang mendapat ugutan yang bukan-bukan. Lebih buruk anak bini dijadikan sasaran. Mereka akan menyerang sehinggakan seseorang itu takut dan berasakan dirinya terancam. Inilah perang psikologi yang wujud dalam internet hari ini.
Apa yang menyedihkan ialah golongan sebelah sana mengatakan mereka menuntut demokrasi. Tetapi, setelah rakyat diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu hal, khasnya soal politik, mereka ini diugut.

Apakah ini cara yang betul sedangkan merekalah yang memperjuangkan keadilan? Semua ini menjelaskan bahawa mereka yang menggunakan internet juga tidak bersikap demokratik. Mereka hanya melihat kesalahan orang lain, tetapi tidak kesalahan diri sendiri. 
 
BH

Tiada ulasan: