

Bah Tony ketika ditemui di bilik gerakannya di pekan Tapah petang ini berkata, anggota RELA memberi alasan bahawa halangan itu merupakan “arahan pihak atasan”.
"Apabila saya tanya mengapa mereka larang, mereka cakap, memang ada arahan yang tidak membenarkan khususnya pihak pembangkang untuk masuk ke dalam.
"Kami tanya mengapa? Mereka cakap ikut arahan sahaja. Saya cakap ini menyalahi undang-undang, menyalahi peraturan pilihan raya. Masa pilihan raya semua parti bebas untuk berkempen.

Katanya, beliau hanya meluangkan masa kira-kira lima minit untuk berunding dengan anggota RELA tersebut sebelum beredar.
Peguam itu berkata, beliau sebelum ini melihat kawalan seperti itu turut dijalankan di penempatan Orang Asli di Kuala Woh, juga dalam DUN Chenderiang.
Sementara itu, tok batin Kampung Sungai Genting Batu 9, Lang Bah Kacang pula ketika ditemui Malaysiakini selepas itu menjelaskan, Bah Tony sepatutnya memaklumkannya terlebih dahulu sebelum berkunjung ke kampung tersebut.

"Sepatutnya mereka hubungi saya dulu," kata Lang, 47 ketika ditemui di kampung berkenaan petang ini.
Kawasan kampung tersebut, yang terletak kira-kira 15 minit dari pekan Tapah merupakan salah satu kawasan penempatan utama masyarakat Orang Asli di Chenderiang.
Kumpulan berkenaan membentuk kira-kira 20 peratus daripada lebih 21,000 pengundi di DUN yang turut ditandingi wakil BN, Mah Hang Soon dari MCA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan