Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.5.13

Samseng sekat himpunan siswa USM


 
Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia yang mengadakan satu perhimpunan aman berhubung dakwaan penipuan dalam pilihan raya 5 Mei dikasari oleh satu lagi kumpulan tidak dikenali dalam kejadian berhampiran kampus mereka hari ini.

Perhimpunan dinamakan 'Black GE13' di satu pintu keluar kampus mereka di Sungai Dua, Pulau Pinang itu berakhir apabila dua anggota mereka dikasari oleh sekumpulan kira-kira 60 orang samseng tidak dikenali.

Menurut siswa berkenaan, kumpulan samseng tersebut tiba apabila mereka baru memulakan acara pelancaran satu petisyen bagi mengutuk rasisme.

Pergelutan yang berlaku selepas itu menyebabkan pelajar berkenaan berundur ke kawasan pejabat NGO hak asasi Suaram, yang terletak bertentangan dengan pintu keluar Sungai Dua itu.

Siswa terbabit mendakwa, samseng berkenaan turut menggunakan semburan lada untuk menyuraikan mereka.

Ada di kalangan siswa tersebut yang didakwa ditolak ke tanah, manakala seorang lagi didakwa dipukul di bahagian kepala dan salah seorang daripada samseng tersebut juga didakwa cuba merampas kamera milik seorang wartawan akhbar berbahasa Cina.

Tiada ulasan: