Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Remaja lompat pagar sekolah pusat mengundi


 
Proses mengundi di kerusi panas kawasan Parlimen Gelang Patah berjalan lancar, namun dilapor berlaku satu insiden kecil di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pu Sze di Skudai.
    
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata seorang remaja berusia 19 tahun dikesan melompat pagar sekolah untuk memasuki pusat mengundi.
  
"Kita telah bawa balik (remaja itu) di balai untuk siasatan lanjut. Kita hendak tahu kenapa dia melompat pagar. Kalau mengikut kad pengenalannya (umurnya), dia bukan pengundi yang layak.
  
"Dia pun tidak dapat memberi keterangan yang tepat mengapa dia melompat, nak masuk ke dalam kawasan mengundi," katanya ketika dihubungi.
  
Ruslan berkata tiada sebarang senjata ditemui padanya dan kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menimbulkan kekacauan di pusat mengundi.
  
Kejadian berlaku kitra-kira 9 pagi sejurus selepas calon DAP bagi kawasan Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang tiba untuk meninjau pusat mengundi berkenaan.

- Bernama

Tiada ulasan: