Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Pertama kali President PAS Kalah

Benarkah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah tewas?... Itu yang diuar-uarkan di Media Massa Arus Perdana.  Emm apakah impian mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 tinggal kenangan. Harap-harap sekadar berita palsu.

Sejarah Pilihan Raya yang ditandingi

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

9.19pm: TAK RASMI – BN rampas Kedah dari PAS. Lor Apa jadi pengundi Kedah; apakah sekadar percaya PR memerintah sepenggal sahaja. Atau khabar tak rasmi.

Ada tak kurang empat Saluran TV sedang melaporkan Keputusan Pilihan Raya tapi malangkan sampai kini jan 10:10 malam masih tak menentu. Kejap kata memang kejap kata kalah; kejap keputusan TAK RASMI kejap kata  Putrajaya kekal di pihak BN. Akhir semua yang pakai Astro tukar filem lawak.

Takutnya nanti sampai Subuh keputusan masih tergantung. Akhirnya siapa pun tak INGIN nak tenguk keputusan PR13 ini.

SPR masih berkerja keras untuk mengira UNDI.

Tiada ulasan: