Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.5.13

[BONGKAR] 20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 13

1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.


2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.


3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.
4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.
5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.
6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?
7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.
8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?
9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.
10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?
11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?
12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.
13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?
14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?
15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?
16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?
17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?
18- Van berlogo BN masuk ke pusat mengundi sedangkan pengundi yang pakai baju berlogo parti pun tak boleh masuk inikan pula van. Pelik.
19- Di beberapa kawasan yang BN kalah pada kiraan undi awal. kemudiannya BN pulak yang menang pada saat-saat akhir selepas dibuat kiraan semula berulang-ulang kali. Menang pulak dengan majoriti ratus-ratus pula, ada yang melebihi seribu. Takkan kiraan pertama tu salah kira sampai banyak tu sekali. Tak pandai mengira? Mana datang undi-undi tu?
20- Peti undi dibawa ke tempat pengumpulan dengan helikopter berlogo MCA. Kenapa?
Kini, kita tidak tahu siapakah yang diperkudakan? SPR atau rakyat? Yang pasti MasterMindnya adalah Barisan Nasional. Siapa yang mempunyai maklumat dan info lain bolehlah tambah di ruangan komen di bawah. Mohon share artikel ini di facebook dan twitter anda semua. Biar semua rakan-rakan macai anda celik! ^^
 
Banyak penipuan semasa pengiraan undi.Diawal pengiraan, PR sudah mendahului, selepas bergelap, BN pula menang. Ini terjadi di 16 tempat di 4 buah negeri.Ada wakil PR dihalau keluar apabila undinya mendahului.Selepas pengiraan ,tanpa pemantauan, tiba2 BN menang. Ditempat Husam Musa ada 4,000 undi awam dibawa masuk, sedangkan diPuterajaya semuanya kaki tangan kerajaan.Undi pos yg dibawa masuk,menyebabkan BN menang. Eloklah dibuat bantahan dlm tempoh 21 hari utk semak dan kira semula.Menang atau kalah tidak jadi hal, yg penting adalah jujur, tidak menipu.Pemimpin Pakatan Rakyat bukan gila kuasa. Jika mereka memerintah, bukan utk kaut kekayaan, tapi utk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.Yg penting ubah dasar yg menekan hidup rakyat.

Kepada Fyzal:

Maaf saya tidak mencatit kesemuanya, namun saya mempunyai beberapa maklumat walaupun tidak meliputi keseluruhan negara. Rasanya tak perlu saya nyatakan disini pun dah bersepah yang telah didedahkan di internet dan facebook kini. Lagipun, saya tidak juga mempunyai data lengkap keseluruhannya namun apa yang saya pasti dan yakin PENIPUAN MEMANG BENAR BERLAKU.

Saya sendiri bertugas secara langsung dalam PRU kali ini sebagai Data Analyzer di sebuah UPU ..... Ramai juga rakan-rakan dan teman seperjuangan saya yang berada di pelbagai posisi dalam PRU kali in di seluruh negara, di markas, di upu, di bangsal panas, unit amal, di bahagian penerangan negeri, paca, petugas spr dan bermacam-macam posisi.

Semua maklumat yang saya peroleh ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, jadi depan mata saya kot takkan la saya tipu, kisah benar rakan2 saya serta maklumat2 yang telah dibongkarkan di media-media sosial.

Tunggu maklumat detail seperti yang saudara mahukan yang akan diumumkan oleh Sdr Rafizi Ramli nanti. Kes penipuan ini akan dibawa ke mahkamah.

#Ini Fakta | BN senang selama ini dengan PENIPUAN! Sumpah ini betul, realiti & benar! ;"(

 
Ini bukan masalah politiklah. Kena tengok betul2. Apa yang SPR lakukan adalah satu penderhakaan terhadap perlembagaan. Kesannya jika dibiarkan SPR yang begini akan menjadi teramat besar sehingga satu hari nanti rakyat negara ini masa depannya ditentukan oleh orang bangla, indon dan myanmar. Lihat sajalah di Sabah. Nasib mereka ditentukan oleh warga projek ic. Terengganu ditentukan oleh pengundi hantu. Sampai sekarang mengemis wang ehsan di negeri sendiri.

Ini bukan pasal sedih kalah, dah biasa kalah muhasabah sebok cari jawatan dsb. Ini adalah High Treason. Kalau di negara lain SPR ini akan dibicarakan dan hukumannya gantung sampai mati. Kesalahan ini lagi teruk dari Al Maunah.

Sedarlah ini bukan isu main2. Masa depan kita dan generasi akan datang akan buruk padahnya jika ini dibiarkan berlarutan

Tiada ulasan: