Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.4.13

Reaksi: Pengundi P. Klang tolak Khalid Ibrahim

 pada 17-04-2013 10:04 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

Post Pic
SHAH ALAM: Keputusan PKR memindahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Pelabuhan Klang membayangkan penyandang Menteri Besar Selangor itu memerlukan sokongan pengundi baru.

Apatah lagi rakyat di Ijok sudah tidak mempercayai beliau kerana gagal menyelesaikan beberapa isu seperti tanah, pembangunan, dan air.

Antarapos mengunjungi Pelabuhan Klang untuk mendapatkan reaksi penduduk tempatan tentang pencalonan Khalid di tempat baru ini.

Ketidakpuasan hati disuarakan Pengerusi Persatuan Nelayan Pelabuhan Klang, Abdul Rahman Kachil, yang berasa kerajaan negeri tidak langsung membantu golongan nelayan dan industri perikanan di kawasan tersebut.

Mewakili golongan nelayan seramai lebih 1,200 orang yang tidak terbela nasibnya selama 5 tahun, beliau berkata mereka hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan pusat yang tidak henti-henti membantu mereka.

"Nelayan daripada 2008 sampai sekarang tak ada bantuan yang diberi kepada nelayan pantai dan laut dalam. Itu sebab nelayan sekarang cukup marah dengan pakatan Rakyat. Satu bantuan pun tak pernah bagi.

"Kebanyakkan nelayan sokong BN, sebab nampak apa yang diberi. Macam PR ni tak nampak apa yang diberi," kata beliau.

Abdul Rahman juga merasakan kemenangan akan berpihak kepadacalon Barisan Nasional (BN), Datuk Nasaruddin Mohd Zin memandangkan ahli BN itu anak tempatan yang ternyata memahami isu-isu semasa di kawasan itu.

"Campuran yang penting, maksudnya campuran masyarakat setempat. Kalau nama gah pun, tapi kalau takde campur masyarakat tak boleh juga. Orang kenal nama, tapi tak kenal jati diri yang dibawanya.

Khalid tak pernah turun padang

Menurut seorang kakitangan kerajaan, Zainab Man, 55, selama 5 tahun Khalid menerajui kerajaan negeri, tidak pernah sekalipun beliau turun di kawasannya, malah hanya melawat beberapa kawasan yang kononnya menyokong beliau dan parti itu sahaja.

"Sini akak tengok ramai orang suka Nasaruddin. Sebab dia rajin datang ke sini, apa-apa majlis atau apa-apa yang kami buat memang dia datang. Kalau Khalid tak pernah nampak pun, batang hidung pun tak nampak, ada orang tak kenal pun."

Hal berkenaan turut dipersetujui oleh Mansur Hassan, 62 seorang pekerja agensi di bawah kerajaan, selain merasakan tiada sumbangan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat, berbanding kerajaan pusat yang sentiasa turun padang membantu rakyat.

Sehubungan itu, beliau merasakan adalah lebih baik jika BN merampas semula Pelabuhan Klang dari pembangkang, selain merasakan BN lebih berpengalaman dalam mentadbir dan membangunkan negara selama lebih 50 tahun.

"Harap-harap BN menang, apa lagi yang kita nak? Dah 50 tahun dia berpengalaman. Dia baru 4 tahun dah bawa masalah," ujar beliau.

Kerisauan seorang peniaga, Sabariah Omar, 52 terhadap janji-janji daripada pihak Pakatan Rakyat sukar dibendung, lebih-lebih lagi berdasarkan rekod kurang cemerlang Khalid di Ijok.

"BN memang dia jaga betul. Nak cakap Khalid kita tak tahu sebab tak pernah jumpa dia pun. Dekat Pelabuhan Klang dia tak pernah datang, tempat lain ada lah. Tak pernah datang rasanya."

Peluang masih 50-50
Namun, keputusan bagi PRU13 hanya akan diketahui pada 5 Mei depan. Ada juga beberapa penduduk merasakan perebutan kerusi di Pelabuhan Klang ini sesuatu yang menarik dan merasakan peluang 50:50 bagi setiap calon.

Ia diakui oleh seorang pekerja swasta Rosli Shafie, 40.

"Mungkin 50:50 lah sebab lawan (Khalid) ni pun orang tempatan, orang Pelabuhan.

Seorang penduduk Pelabuhan Klang, Mohd Syah Saad, 59, yang merupakan seorang pesara merasakan tindakan Khalid bertanding di Ijok sebagai sesuatu yang positif

"Kalau dia pindah ke Pelabuhan Klang, dia mungkin cari tempat yang baru, strategi yang baik. Mungkin dia dapat menang di port Klang ni. Tak ada masalah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan senarai calon-calon BN bagi PRU13. Nasaruddin yang merupakan Timbalan Pengerusi BN Klang merupakan salah satu muka baru yang ditampilkan, dan bakal berentap merebut kerusi N46 bersama Khalid.

Khalid dalam satu kenyataan berkata beliau 'diminta' oleh parti untuk bertukar ke Pelabuhan Klang kerana PKR mahu meletakkan calon 'heavyweight' bagi memulihkan keyakinan rakyat di kawasan itu selepas bekas wakil rakyat PKR Badrul Hisham Abdullah lompat parti pada 2010.

Tiada ulasan: