Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.4.13

Keluarga arwah Aminulrasyid saman k'jaan RM50j

pada 17-04-2013 12:04 



Post Pic

SHAH ALAM: Keluarga arwah Aminulrasyid Amzah hari ini memfailkan saman sivil ke atas polis dan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana menyebabkan pembunuhan menyalahi undang-undang remaja tersebut pada 2010.
 
Dalam writ saman yang difailkan plaintif, yang terdiri kakak mangsa Nor Azura Amzah dan ibu kepada arwah Norsiah Mohamad, menamakan anggota polis Korporal Jenain Subi dan bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar - kini merupakan timbalan ketua polis negara - sebagai defendan pertama dan kedua.
 
“Saman yang difailkan hari ini adalah kerana pihak polis sengaja melanggar hak asasi adik Aminulrasyid.
 
“Selepas tiga tahun, tiada sesiapa yang dihukum. Malahan, tertuduh yang didakwa juga telah dibebaskan,” kata peguam keluarga arwah Aminulrasyid, N Surendran pagi ini di lobi mahkamah.
 
Surendran juga berkata pihak keluarga mangsa telah meminta tuntutan ganti rugi tertinggi RM50 juta, termasuk ganti rugi am, ganti rugi estet dan juga ganti rugi teladan.
 
Remaja berusia 14 tahun tersebut telah ditembak mati dikepala oleh polis pada malam 26 April 2010 dalam satu insiden kejar mengejar dengan kereta peronda polis dengan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
 
Jenain kemudiaan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam tetapi dibebaskan pada Disember 2012 selepas mengemukakan rayuan.
 

Tiada ulasan: