Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.4.13

Kerajaan umumkan larangan bertudung setelah umat Islam di Russia Meningkat

 
Keadaan umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.

Ucapan Presiden Putin ini pada Khamis lalu ketika ditanya pendapatnya tentang kes sebuah sekolah di selatan Rusia yang melarang pelajar Muslim memakai tudung semasa di sekolah.
Kes ini muncul ketika lima pelajar Muslim dilarang masuk ke kelas di sekolah mereka di Desa Kara-Tyube di selatan Stavropol minggu lalu lantaran memakai tudung. Sekalipun pada awalnya mereka masih boleh masuk sekolah pada September lalu secara bertudung. Namun akhirnya lima pelajar ini diberitahu bahawa mereka tidak boleh lagi masuk sekolah kecuali tidak bertudung.
Ramainya Umat Islam Di Rusia


Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianut di dalam Persekutuan Rusia. Menurut undian yang dijalankan oleh Pusat penyelidikan pendapat awam Rusia, 6% daripada responden mengaku mereka Muslim.

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 peratus daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar. Kelompak masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian: Avar, Adyghe, Balkar, Nogai, Chechen, Circassian, Ingush, Kabarday, Karachay dan banyak bilangan warga negara Dagestan. Di Volga Basin tengah ada penduduk besar Tatar dan Bashkir, kebanyakan mereka Muslim. Banyak penduduk Islam juga tinggal di Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast (kebanyakannya kaum Tatar).

Gambar di bawah menunjukkan kepada kita betapa ramainya umat Islam di Rusia.

Tiada ulasan: