pada 16-04-2013 08:04 Ditulis Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] PAS
telah menuduh Umno dengan pelbagai nama yang buruk di dalam kamus
Islam. Umno pernah dituduhnya dengan panggilan kafir, murtad, fasik dan
munafik.
Nas
atau hujahnya pun pelbagai. Adakala Umno jadi kafir dan murtad kerana
masih menegakkan perlembagaan penjajah, dan mengamalkan undang-undang
yang bukan mengikut syariah Islam.
Terbaharu solat ahli Umno dikira oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat sebagai tidak dapat pahala. Ini semua dilontarkan
terhadap Umno dan pemimpin PAS amat yakin hanya partinya yang menganut
dan mengamalkan Islam tulen di Malaysia.
Bermula dengan keyakinan yang tinggi akan ketulenan dan kesucian
amalannya sendiri PAS mula menjadi angkuh bahawa hanya PAS parti Islam
sempurna dan sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir,
murtad, thaghut dan sebagainya.
PAS abaikan ajaran al-Quran
Malangnya, andaian PAS itu tidak semestinya betul. Ambil sahaja kes
yang didakwa PAS sebagai fitnah terhadap Setiausaha Agungnya, Datuk
Mustafa Ali yang dikatakan mirip lelaki yang sedang melakukan adegan
seks.
PAS bingkas menafikan lelaki itu Mustafa dan tangkas pula menuduh ini
semua gara-gara Umno. Seorang demi seorang pemimpin PAS menafikan seraya
mengutuk saingan politiknya Umno.
Dalam tingkah politiknya menangani isu ini PAS jelas mengabaikan ajaran al Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasiq datang kepadamu
membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak
mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya
kamu menyesali perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat ayat 6)
Ayat ini diturunkan berhubung Harits bin Dhirar Al-Khuza’I yang
memeluk Islam dan diarahkan oleh Rasulullah S.A.W. supaya menyeru
kaumnya memeluk Islam juga. Baginda kemudian mengamanahkan beliau supaya
memungut zakat dari kalangan kaumnya yang muslim.
Malangnya, Harits difitnah oleh Walid bin Uqbah kononnya beliau telah
menyongsong Harits seperti diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk
mengambil zakat kaumnya tetapi Harits enggan menyerahkannya. Sebaliknya
Harits dikatakan mengancam mahu membunuhnya (Walit).
Mendengar laporan fitnah Walit, Rasulullah S.A.W. mengirim pasukan
untuk mengheret Harits ke muka pengadilan. Maka turunlah ayat ini untuk
membersihkan nama Harits dan menjadi peringatan jelas daripada Allah
supaya berhati-hati dalam menilai sesuatu kes fitnah.
PAS tidak hayati peringatan Allah S.W.t supaya berhati-hati dalam menilai sesuatu kes fitnah
Namun
pimpinan PAS tidak pula menghayati pedoman yang diberikan Allah.
Tindakan pertama dan utama mereka ialah menafikan bahawa lelaki dalam
video itu adalah Mustafa. Sewajarnya PAS harus menyiasat maklumat
(video) berkenaan dan tidak segera menuding jari kepada Umno.
PAS seolah lupa sebagai ahli politik, Mustafa ada ramai musuh baik
dalam parti mahupun dalam Pakatan Rakyat. Ramai dikalangan mereka yang
tergamak memfitnah Mustafa dan akhirnya mencemar maruah dan imej PAS.
Banyak sudut yang harus dikaji oleh PAS. Pada keseluruhannya PAS harus
mempertimbangkan siapakah yang ghairah untuk menafikan kemaraan dan
rancangan PAS untuk menerajui Pakatan yang mahu mengambil alih
pemerintahan negara?
PAS akan menyesali gerak politik jahil
Cukuplah PAS dipandu oleh seorang dua ulama yang tidak segan silu
melabel musuhnya sebagai kafir dan fasiq. Siasatlah dahulu. Adalah
dikhuatiri seperti peringatan Allah S.W.T bahawa PAS (jika ia
benar-benar beriman) akan menyesali gerak politik jahil ini.
PAS
tidak boleh gopoh. Ikutlah panduan Presiden, Datuk Seri Haji Abdul Hadi
Awang yang bertekad kuat untuk mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T
dalam meleraikan dakwaan video seks Mustafa Ali.
Untuk itu Haji Hadi segera mengumumkan apa yang perlu dan akan
dilakukannya yakni melakukan solat hajat agar Allah S.W.T mendedahkan
hakikat yang membelit isu Mustafa Ali.
Bukankah Allah S.W.T itu wujud? Bukankah sehari semalam
sekurang-kurangnya 17 kali ahli PAS memohon kepada Allah S.W.T supaya
“ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan yang sesat” kerana hanya
kepada-Nyalah “muslimin menyembah dan kepada-Nya muslimin meminta
panduan?.
Apakah PAS dilekakan oleh percaturan politik atau sekadar lalai perintah Allah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan