Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

PRU 13 : BN, Pakatan bertarung sengit

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat terikat untuk memenangi Pilihan Raya 2013 dengan ekonomi menjadi isu pokok menjelang pilihan raya 5 Mei depan, menurut kaji selidik Merdeka Center.

Penyelidik itu mendapati 42 peratus pengundi mengakui PR perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara berbanding 41 peratus yang mengatakan hanya BN yang boleh mentadbir negara.

Tambahnya empat peratus pengundi enggan memberikan maklum balas sedangkan 13 peratus pengundi mengatakan “tidak tahu.”

“Berdasarkan keputusan kaji selidik dan jangkaan pilihan raya bersih dan adil, kami menjangkakan tiada parti sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan mendahului setakat 9.30 pagi pada 2 Mei 2013,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan petang ini.

Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center bermula 9.00 pagi pada 28 April dan 9.30 malam pada 2 Mei, melibatkan 1,600 pengundi berdaftar yang merangkumi 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India yang ditemuramah melalui panggilan telefon.

Pemimpin BN telah menyuarakan keyakinan mereka untuk memenangi pilihan raya kali ini berbanding 2008, dengan mengatakan jentera parti itu bekerja keras untuk mendapatkan undi di kawasan bandar dan pedalaman bagi memastikan pemerintahan mereka sejak Kemerdekaan pada 1957 akan kekal.

BN turut percaya mereka akan memperolehi 142 kerusi, yang mana dikatakan jumlah kerusi yang berpindah tangan kepada parti sejak 24 jam lalu di kawasan Sabah dan Sarawak.

Pemimpin kedua-dua pihak bergerak ke seluruh negara sejak dua minggu lalu untuk memberi ceramah dan menggesa jentera parti bekerja keras memujuk pengundi atas pagar.

Berdasarkan hasil kaji selidik itu dengan tiga peratus margin kesilapan, Merdeka Center berkata BN akan mendapat 85 kerusi berbanding PR, 89 dengan 46 kerusi masih lagi menjadi rebutan.

Dua lagi kerusi di Sabah dan Sarawak akan dimiliki kerusi lain, tambahnya.

Kaji selidik itu juga mendapati rating Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun kepada 61 peratus berbanding 64 peratus pada kaji selidik terakhir pada 12 hingga 17 Mac lalu.

“Kami merasakan ianya disebabkan faktor “feel good” oleh Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan pemberian wang tunai kepada beberapa sektor pengundi,” katanya.

Jelasnya lagi, kebimbangan terhadap ekonomi berada pada tahap 25 peratus dan menjadi isu tertinggi antara yang mahu didengar pengundi, atau didebatkan ketika pilihan raya, diikuti pentadbiran dan kepimpinan sembilan peratus, isu sosial dan keselanatan umum tujuh peratus, isu berkaitan kaum tujuh peratus, dan rasuah enam peratus.

Dianggarkan 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 pengundi luar negara layak mengundi bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri tidak termasuk 71 peratus kerusi Sarawak yang telah berlangsung pada 2011

-TMI

Tiada ulasan: