Posted on Sunday, May 05 @ 14:10:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Roslan SMS
Baru sebentar tadi “live” di TV3 menunjukkan PM “caretaker” Najib Tun Razak mengundi di Pekan, Pahang bersama isteri beliau.
Najib
tadi dikerumuni pihak media, ini sesuatu yang boleh diterima kerana
pimpinan PR juga dijangka akan menerima suasana yang sama semasa
mengundi nanti.
Cumanya
sesuatu yang dirasakan tidak kena adalah apabila pihak RTM dan TV3
menemuramah beliau terus dalam kawasan mengundi iaitu dalam perkarangan
sekolah dicelah-celah pengundi yang sedang beratur.
Sepatutnya
pihak SPR menasihatkan agar temuramah itu dibuat di luar perkarangan
sekolah iaitu 50 meter di luar, kerana kawasan berkenaan adalah kawasan
larangan sepatutnya.
Semoga insiden seumpama ini tidak diulangi pada PRU ke 14 lima tahun lagi sapa pun yang menjadi PM nya nanti.
.....
http://n32.blogspot.com
.....
http://n32.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan