Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.5.13

PRU13: Anwar jadi PM, Hadi dan Kit Siang TPM jika pakatan menang esok - Karpal

 
 
GEORGETOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri ketujuh sementara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, esok, kata Karpal Singh daripada DAP di depan ribuan hadirin di sini, malam tadi.

“Kami dalam DAP mencadang dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP itu kepada hadirin yang hadir.
“Hadi Awang boleh jadi Timbalan Perdana Menteri. Lim Kit Siang boleh jadi TPM kedua.”

Penyandang Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum esok juga mencadangkan dirinya kekal sebagai peguam untuk menasihatkan regim baru — jika berkuasa — mengenai pembuatan undang-undang dan memberikan keadilan untuk semua.

“Orang kata Kit Siang dan saya sudah tua. Kami semua sudah berkhidmat lebih 20 tahun,” kata beliau sebelum memberitahu majoriti hadirin kaum Cina, “lang lau sim bo lau”.

Dalam bahasa Hokkien, dialek majoriti masyarakat Cina Pulau Pinang, ia bermaksud, orang tua, hati tidak tua. - Malaysian Insider.

Tiada ulasan: