Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.5.13

Polis panggil penganjur perhimpunan Stadium Kelana Jaya



Polis hari ini memanggil penganjur perhimpunan ditunjangi pembangkang di Stadium Kelana Jaya malam Rabu lepas bagi diambil keterangan.
  
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata penganjur berkenaan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira 3 petang bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan yang diadakan itu.
  
"Kita memanggil beliau untuk membantu siasatan pihak polis berhubung perhimpunan yang dianjurkan itu. Kes ini disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjurannya 10 hari sebelum  ia diadakan.
  
Beliau berkata pihak polis menerima notis perhimpunan pada 12.20 tengah hari pada Rabu sebelum mengarahkan penganjur agar menunda tarikh perhimpunan bagi berlaku adil kepada penduduk sekitar.

- Bernama
Kejap kata tak perlu permit kejap dah tak boleh pula hanya memberi notis tak pun disebut perlukan 10 hari. Kenapa perlu 10 hari bukan 100 hari.

Tiada ulasan: