Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Polis Kedah beri tumpuan di 11 kerusi panas


 
Polis Kedah akan memberi tumpuan di 11 kawasan dikenal pasti 'panas' sepanjang proses pengundian esok bagi memastikan proses pilihan raya umum di kawasan itu berjalan lancar.
  
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kawasan yang dikenal pasti "panas' itu ialah empat kawasan Parlimen iaitu Pokok Sena, Pendang, Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu serta tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN, Tanjung Dawai, Ayer Hitam, Bukit Lada, Derga, Jeneri, Kota Siputeh dan Belantek.
  
"Kita juga turut memberi tumpuan kepada Parlimen Sungai Petani bagi memastikan proses pengundian di Parlimen tersebut berjalan lancar. Jadi semua kawasan panas itu kita bagi fokus lebih supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini," katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.
  
Beliau berkata sehingga hari ini, polis menerima sebanyak 292 laporan melibatkan pelbagai kes sepanjang tempoh berkempen dan daripada jumlah itu, empat kes telah dituduh di mahkamah.
  
Katanya semua pengundi di Kedah tidak perlu risau dan bimbang dengan tahap keselamatan sepanjang tempoh mengundi esok kerana pihak polis telah bersedia 100 peratus untuk menghadapi segala kemungkinan.
  
"Walaupun di Kedah tidak berlaku kes letupan seperti seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi kami telah menubuhkan pasukan khas untuk memantau keadaan siang dan malam.
  
"Saya harap letupan-letupan tidak berlaku dan tidak dijadikan isu kepada pengundi untuk tidak keluar mengundi. Semua masyarakat Kedah boleh keluar mengundi dengan selamat dan pihak kita akan menjaga ketenteraman ini," katanya.
  
Ahmad berkata polis akan mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang cuba memasang bendera-bendera kecil pelbagai warna seperti yang berlaku di beberapa negeri.
  
"Sehingga sekarang belum ada kawasan di Kedah yang telah dipacak bendera-bendera kecil itu. Jika kita menjumpainya atau menerima laporan mengenainya, kita akan mencabut bendera-bendera itu dan tindakan akan diambil," katanya.
  
Katanya beliau difahamkan bendera-bendera itu dipacak dengan motif untuk menjejaskan ketenteraman awam sepanjang proses pengundian esok.
  
- Bernama

Tiada ulasan: