Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.5.13

PAS pilih MB baru untuk Kelantan?


 
PAS mungkin akan menampilkan seorang tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi parti tersebut di Kelantan bagi menggantikan mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui pentadbiran negeri.

Antara nama yang disebut-sebut akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar petang ini ialah Datuk Ahmad Yaakob, yang menjadi timbalan menteri besar Kelantan selepas pilihan raya 2008.

Ahmad, yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan ketika dihubungi petang ini bagaimanapun berkata beliau belum mendapat apa-apa perkenan daripada Istana berhubung jawatan tersebut.

“Saya belum dapat apa-apa daripada Istana. Saya tak boleh komen mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Difahamkan, pemimpin tertinggi parti kini sedang berunding untuk melantik tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi PAS negeri untuk menggantikan Nik Aziz di jawatan tersebut.

Setiausaha akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau tidak dapat mengesahkan sekiranya benar Ahmad akan dilantik menteri besar namun menurutnya perkara itu semenangnya menjadi menjadi sebutan hari ini.

"Tapi saya tidak dapat mengesahkannya. Perkara itu masih lagi dalam rundingan dalaman parti.

"Kita tunggu dan lihat dalam majlis angkat sumpah yang akan berlangsung petang ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, anggota exco sementara Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi juga mengakui bahawa pelantikan MB baru menggantikan Nik Aziz itu sememangnya menjadi perhatian meluas di Kelantan.

Katanya, beliau sendiri dihujani pertanyaaan dari masyarakat setempat, sama ada benar Nik Aziz akan berehat selepas pilihan raya 5 Mei dan akan hanya berkhidmat sebagai wakil rakyat.

PAS memenangi Kelantan dengan kelebihan 32 kerusi DUN kali ini, kurang lima kerusi berbanding pencapaian pada Mac 2008

Tiada ulasan: