Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.5.13

On the way, petisyen pilihan raya akan berlambak lambak!


Posted on Wednesday, May 08 @ 16:00:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Respon Oleh: senik

"



Assalamualaikum,, Hampir pasti di banyak kawasan DUN dan Palimen akan beratur petisyen pilihan raya masuk dan sama samalah kita tunggu saat itu. PRU 13 ialah PRU yang paling kotor dan mungkin menjadi kemuncak kekotoran UMNO yang sanggup berbuat apa saja untuk menang, tetapi mereka belum MENANG! Petisyen pilihan raya akan menyusul. Mungkin sekarang Najib tak lena tidur memikirkan cara bagaimana nak pujuk atau suap hakim hakim bertugas untuk menolak petisyen yang berlambak nanti."


Sementara petisyen yang bertimbun-timbun akan pula membuatkan mahkamah sibuk. Inilah bahananya kerana menipu terang terang. Banyak bukti yang akan diangkut ke mahkamah, bukti yang tidak dapat disangkal lagi. Magik blackout sendiripun sudah melanggar hak hak  kewarganegaraan. Mana mungkin SPR memaksa semua pihak menerima keputusan yang meragukan selepas letrik disambung semula. SPR tiada hak mengisytiharkan pemenang sebelum persetujuan calon atau wakil calon. SPR sudah sah melanggar mandatnyan sebagai pengadil.  

Penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal boleh membatalkan PRU 13 dan PRU semula mesti diadakan. Manipulasi ketika mengira undi banyak memberi calon BN kemenangan seperti yang berlaku di Terengganu dan  juga di Perak. Penulis berharap SPR meninggalkan tanda ketika menipu bagi memudahkan petisyen dibuat.

Kempen secara tidak sihat seperti mengugut pengundi menggunakan sentimen perkauman juga boleh jadi bukti yang kukuh untuk membatalkan kemenangan calon BN. Serta bukti-bukti rasuah yang berlaku akan menambahkan keperitan UMNO.

Paling penting dan besar ialah kemunculan hantu hantu Bangla, Nepal dan lain lain bangsa yang  jelas dan nyata merupakan golongan yang tiada hak pengundi tetapi digunakan untuk memenangkan calon BN. Hujah hantu ini cukup kuat dan disertai oleh bukti bukti bergambar dan yang dirakamkan serta temuramah yang munasabah menunjukkan mereka ini warga asing yang hanya tahu mengundi BN sahaja, tiada lain.

Dengan banyaknya bukti yang boleh diketengahkan untuk petisyen PRU, rakyat mesti bersedia memberi tekanan kepada mahkamah pilihan raya supaya bertindak adil tanpa pengaruh dari UMNO. Ini penting kerana kalau mahkamah pilihan raya dipengaruhi UMNO, semuanya akan jadi sia sia. 


REspon:

Ini bukan pasal Peti Undi tambahan Tetapi Peti Undi lewat tiba.. dan di usung mengikut jalan yg jauh bagi mengaburi mata pemantau Peti Undi.. Kes ini berlaku di Klang , Peti Undi Port klang yg perjalanannya 10 minit tapi tiba dekat pukul 9 mlm.. dan dalam Perjalanan itu kamu boleh fikir sendiri apa apa berlaku..

Begitu juga di Lembah pantai.. dalam pukul 10 mlm masih lagi ada beg Undi yg di bawa dengan teksi.. sambil di ekori oleh Polis.. 


namun kerana ketangkasan Penyokong2 PR.. beg Undi itu terpaksa di bawa ke balai Polis dan bukan ke Pusat perjumlahan Undi..

Tiada ulasan: