Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.5.13

Dapatkah Pakatan pertahan 11 kerusinya di KL?


 
ANALISIS WP: Pada tahun 2008, Wilayah Persekutuan menerajui tsunami 2008 apabila 11 daripada 12 kerusi parlimen di Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang - Gabungan Pakatan Rakyat.

Lima tahun kemudian, persoalannya ketika kita menghampiri hari mengundi Ahad ini, ialah sama ada BN mampu merampas semula sebahagian atau semua kerusi itu kali ini, atau Pakatan yang akan menyapu bersih semua kerusi di Kuala Lumpur.

Di segi analisisnya, Pakatan dijangka mengekalkan kebanyakan kerusi di Kuala Lumpur dan faktor penentu ialah perlukah Pakatan menganjurkan ceramah mega sama ada hari ini atau esok seperti yang telah dibuat di negeri-negeri lain di seluruh negara.

Bagi DAP yang bertanding di Kepong, Seputeh, Cheras, Segambut dan Bukit Bintang, kesimpulan sudah boleh dibuat bahawa BN dilihat tidak mampu untuk membuat sebarang kejutan di sana.

Manakala kerusi-kerusi yang berdepan dengan persaiangan sengit termasuklah Lembah Pantai, Wangsa Maju, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Putrajaya, Labuan, Batu dan Setiawangsa.

Lembah Pantai

Penyandangnya, Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden PKR, kini berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerusinya ekoran tambahan 16,500 pengundi di kawasan itu. Dan kali ini beliau berdepan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Nurul Izzah menang dengan majoriti 2,895 undi di Lembah Pantai, dan kali ini dengan adanya pengundi tambahan, yang mana beliau mendakwa 5,000 daripadanya adalah pengundi hantu, boleh menjejaskan peluangnya mempertahan Lembah Pantai.

Nurul mengakui sebagai 'underdog' ekoran berdepan dengan dua orang menteri - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 2008 dan kali ini Raja Nong Chik atau yang lebih mesra dengan panggilan RNC.

RNC telah bekerja keras dalam mengubah kawasan tersebut,  terutamanya membabitkan rumah pangsa kos rendah.

Penganalisis juga mengatakan bahawa undi kaum India telah kembali sedikit kepada BN kerana beberapa perkembangan seperti Hindraf menandatangani  memorandum persefahaman dengan parti pemerintah.

Tiada ulasan: