Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Dakwat: Haron Din buat aduan rasmi kepada SPR & Polis


Posted on Sunday, May 05 @ 16:43:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita Oleh H'daily



KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan memberikan penjelasan bagaimana dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya tidak kekal.

Beliau yang merupakan calon PAS di Arau, Perlis membuat laporan rasmi kepada Pengarah SPR Perlis, Ahmad Ibrahim Mohd Taib di Pejabat SPR Perlis jam 2.30 petang ini.

Sebelum itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kira-kira jam 12. 15 tengahari tadi.

"Pegawai SPR itu gagal menjawab segala persoalan yang saya kemukakan walaupun dia berjanji untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai atasannya.

"Sehingga sekarang saya tidak mendapat jawapan itu," kata Dr Haron kepada Harakahdaily.
Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK (C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal.

Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang “solvent chemical) dan mendapati jarinya bersih-sebersihnya.

"Kalau begini saya ingin satu, siapa yang menipu siapa," kata Dr Haron ketika menghubungi Harakahdaily.

"Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku," kata Dr Haron.

Pertama, pembekal menipu SPR dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal.

Kedua, BN melalui SPR menipu rakyat dengan menyediakan dakwat yang tidak kekal untuk membolehkan penipuan berlaku dalam pilihan raya ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak bersedia untuk menghadapi akibat dari penipuan ini.

Tiada ulasan: