Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.13

Apakah Nurul Izzah akan kecundang

Baucar wang untuk pengundi Lembah Pantai

 9.40pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 23,125
BN - 19,580
Bebas - 126

8.20pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) kembali mendahului calon BN Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.

PKR - 11941
BN - 10,623
Bebas - 74

Jumlah pengundi: 72,533 


Saksi di Lembah Pantai, antara Parlimen terpanas di negara ini, mendakwa BN memberikan wang tunai sebagai balasan kerana mengundi parti itu.

Menurut pembantu kepada penyandang kerusi itu Nurul Izzah Anwar, kejadian ini berlaku di Sekolah Rendah Agama Seri Pantai dan SK Bangsar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

NONEFahmi Fadzil (kanan) mendakwa, beliau dimaklumkan, kira-kira 20 hingga 30 orang mengerumuni khemah BN di dua tempat dan kelihatan mengutip baucar.

"Semakan mendapat baucar itu dikeluarkan oleh 'jabatan pengundi luar' dan boleh ditebus untuk wang tunai antara RM50 hingga RM200 di Flat Seri Pantai.

"Ini cubaan besar untuk membayar orang ramai supaya mengundi parti tertentu," dakwanya.

Beliau juga mendakwa mendapat maklumat itu daripada pengundi prihatin yang menggambarkan gambar kepadanya melalui telefon.

Tiada ulasan: