
Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama.
Bercakap
dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan
terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan
membantu melancarkan perjalanan kerajaan.Beliau juga menggesa mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari pengundian esok.
"Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan dengan undang-undang," kata Anwar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan