Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

Tulisan jujur seorang Ahli baru DAP terhadap PAS


Posted on Friday, April 19 @ 09:43:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh FS

Saya terbaca satu tulisan Aspan Alias, nak kata saya faham Aspan Alias ini taklah tapi saya rasa setelah 40 tahun dengan UMNO beliau mula jemu dan juak dengan UMNO. Beliau nak cari wadah baru. Beliau mungkin boleh memilih PKR atau PAS. Tapi beliau memilih DAP.

Asas pemilihan ini rasa saya atas dasar Melayu mestu ada dan kuat dalam DAP satu parti bukan diasaskan atas perkauman. Tapi yang menjadi pelik DAP dimomokkan sebagi parti satu kaum iaitu Cina. Walaupun ada India tapi India tidak dominan. Ini senjata UMNO menyerang DAP dan ini Asapan Alias cuba setahun berceramah untuk menerangkan peranan Melayu dalam DAP.

Saya tak berhasrat mengambil semua tulisan Aspan Alias dalam artikel ini. Saya juga tahu TKO boleh mengeluarkan artikel itu.

Artikel ini sekadar membawa apa yang tersirat bagi seorang yang mencari sesuatu baru. Saya rasa tulisan beliau terhadap PAS dalam artikel berkenaan adalah pandangan ikhlas yang datang dari hati setelah melihat PAS daripada kaca mata sendiri melalui penglibatannya dengan DAP.

Aspan Alias ada menulis.

Secara jujur saya menghormati parti PAS kerana parti itu tidak menghadapi hiruk piruk seperti parti-parti lain samada dalam BN mahu pun dalam Pakatan Rakyat. PAS merupakan parti yang lebih tersusun berbanding dengan semua parti yang lain.


PAS serius dan tidak memungkiri janji-janjinya dan sisik kematangan politik PAS itu lebih jauh ke hadapan dari parti-parti lain. PAS tidak menghadapi masalah perkauman kerana parti itu bukan parti perkauman. PAS bersandar banyak kepada kehendak agama dalam banyak hal walaupun ia bukan agama. Walaupun berbagai-bagai tuduhan dilemparkan oleh UMNO terhadap PAS, parti itu tetap dengan pendiriannya dan tidak terganggu dengan segala tohmahan pihak lawannya.

PAS telah memenuhi janjinya untuk menurunkan calon bukan Islam untuk bertanding dalam pilihanraya ini dan ia telah terlaksana. Sebenar ramai yang tidak sedar atau tidak tahu, bahawa PAS satu-satu wadah perjuangan yang perlu disertai dan warnai bagi menerajui Malaysia untuk Masa Depan yang Cemerlang dan Gemilang.

Sebab PASlah yang boleh menyelasaikan banyak masalah yang bakal berlaku. Kelamahan PAS sekarang ialah persepsi PAS untuk rakyat Malaysia masih ditahap yang cukup lemah sehingga PAS tidak dilihat suatu yang hebat!

Pimpinan PAS boleh menyelsaikan masalah sesama sendiri, Orang bawahan PAS boleh menerima kepimpinan walaupun pahit mana keputusan. Lihat semasa tahun 1999 semasa PAS menerima PKR, banyak kawasan dan kubu kuat PAS diberikan kepada rakan pakatan terutamanya PKR.

Bukan sahaja kawasan dan Dun diberikan, malah semua Jentera PAS digunakan untuk memenangkan Pakatan terutama PKR. Tapi bila suasana berubahah banyak DUN tak selesai kerana konsep pengorbanan ini tidak seperti semasa 1999.

Kenapa? Itu boleh dijawab oleh orang yang berfikir mantang. Tapi PAS melihat kedahadapan. PAS ada Islam. PAS menghayati Islam dengan Tahahul Siyasi dan memahaminya kadang kala ada terpaksa 'memakan hati'.

Tapi Allah telah menjanjikan kita berada PAS bukan untuk 'dunia' sebab kita dijanjikan 'akhirat'. Keredhaan Illahi adalah sebaik-baik pilihan bagi orang yang beriman. Redha dengan apa yang sudah termaktub...

Tiada ulasan: