Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

Blogger UMNO mula menyerang Naib Ketua Wanita UMNO


Posted on Friday, April 19 @ 15:19:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Analisis Oleh Abbas



Antara tajuk-tajuk artikel seperti "Cerr Bawak Bersabo Makcik Woiii... Usah Le Meroyan Sangat....", "Makcik Bersabarlah.." dan "Wanita kena Akur dan Faham" antara banyak menyebut sikap Wanita UMNO yang rakus kepada jawatan tidak seperti Pemuda dan Puteri.

Antara komen yang dianggap tajam ialah dan biadap ialah mengganggap wanita kebanyakkan mak cik tua cara berfikir tidak selaras dengan Dato' Seri Najib yang berwawasan dan membawa "Transformasi".

Manakala facebook dan twitter pengerak UMNO pula banyak membuat ulasan mengkritik cara wanita UMNO yang dianggapkan kebelakang dan berfikir macam "makcik".

Ada yang 'ektrem' mencadangkan agar Dato Seri Najib membubarkan sahaja Wanita yang dikira sudah yang cukup umor dan mencapai tahap luput.

Blogger-blogger UMNO yang dimaksudkan adalah seperi Maria Kamarudin, PAS Beruk, Asmah Karamin Askara, Mohd Nor, Wowberita dan banyak lagi.

Berlainan pula dengan penulis Mummy Rokiah yang lebih menyalahkan Dato' Seri Najib dalam hal ini.

Mummy Rokiah menulis "Ada banyak lagi calun-calun yang personalitinya juga boleh mendatangkan keraguan. Tindakan merombak keputusan calun di Melaka dan Pahang pun menjadi persoalan sejauh mana ketelitian yang telah buat.

Biar tidak dipanjangkan di sini kerana ia ibarat menyimbah minyak ke dalam api."
Mummy Rokiah mengakhir artikelnya "Apa pun selepas 5hb Mei ini banyak akan terbongkar kalau BN kecundang."
Apa yang dilihat, Dato' Seri Najib telah menghantar seseorang untuk menyelesaikan isu ini kerana Wanita UMNO bersifat macam orang tua (seperti kata blogger dan penulis UMNO) yang payah nak bujuk.

Secara kasarnya peristiwa ini menjadi makin parah dan boleh dikatakan telah membantut pengerakan kempen Wanita Rumah Ke Rumah.

NAMPAK GAYA UMNO SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA... MAKIN BANYAK KERUSI UMNO AKAN TERLINGKUP!!

KITA DOAKAN AGAR PECAH BELAH MUSUH BERKEKALAN SEHINGGA HARI MENGUNDI!!! AMIM

Wartawan
TKO
PRU 13

Tiada ulasan: