Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng
Masyarakat
kita terutama kaum Melayu kelihatan agak sukar mengenali siapa
penfitnah siapa yang benar kerana si pengeluar fitnah kerap memberi laba
dan ganjaran dunia kepada mereka.
Malah budaya membaca akhbar di kedai kopi di awal
pagi berjaya mentarbiah pemikiran mereka kearah pemikiran sehala
(dogmatik) bukannya lateral thinking.
Tambahan pula jenis akhbar yang disediakan oleh si
tuan kedai hanya berkitar 3 akhbar lapuk yang tegar menghasilkan fitnah
saban bulan, saban hari. Walaupun mereka disaman, mereka masih konsisten
memproduksi fitnah semata-mata mengampu kepimpinan yang ada.
Orang melayu sedar atau tidak 17 Januari 2013 yang
lalu 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Utusan ke
atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota
Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.
Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk tidak
memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus
keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan
iaitu memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.
Malah Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 juga telah
menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar
gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Kenapa mereka disaman? Jika kerajaan menjustifikasikan AES, saman ekor semata-mata untuk mendisiplinkan rakyat yang engkar mematuhi peraturan, maknanya yang kena saman dilabel kerajaan sebagai pesalah, pihak yang melanggar undang-undang. Melanggar undang-undang maknakan tidak baik.
Jadi hari ini kita tahu Utusan Malaysia disaman dan mereka dilarang merayu. Bermakna mereka tidak baik dan telah membuat salah.
Apa pula kesalahan mereka?
Kesalahan Utusan adalah menyiar di muka hadapan
Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 artikel bertajuk ““ZULKIFLI
BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” dan diakui oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham pada 21 November 2011.
Rasanya tidak perlu penulis nyatakan isi artikel
fitnah tersebut kerana pembaca boleh sahaja mencarinya melalui akses
internet yang ada.
Utusan menfitnah berkali-kali dan mereka berkali-kali
diputuskan bersalah oleh pihak Mahkamah. Ya, mahkamah sivil duniawi
ciptaan manusia juga menyabit salah bagi dosa fitnah yang mereka
keluarkan. Biar penulis senaraikan beberapa dosa yang Utusan lakukan
sebelum ini;
1. Pada
30 Ogos 2012 Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur perintah Utusan Melayu
(M) Bhd bayar gantirugi kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin isu
berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.
2. 8
Oktober 2012- Utusan Malaysia mohon maaf kepada MP Sepputeh Teresa Kok
kerana fitnah yang disiar Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008
3. 22
Jun 2012- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati akhbar Umno, Utusan
Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintah bayar
RM450,000 kepada Lim Guan Eng. RM200,000 adalah untuk kerosakan yang
dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.
Utusan Melaysia menulis pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB"
mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.
4. 14
Disember 2011- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati, Utusan Malaysia
bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang isu berita yang bertajuk
'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember 2010. Utusan
beri pampasan RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Utusan
menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’.
5. 12
Mei 2012 Utusan Malaysia mohon maaf kepada senator bebas daripada
Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai
anti-Islam Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di
Utusan dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di
akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.
Sifir mudah perlu kita terangkan kepada masyarakat
terutama kaum Melayu bahawa saman fitnah adalah antara indikator mudah
untuk mengenal hak dan batil. Sebagai contoh ramai pecacai UMNO, blogger
upahan dan facebooker UMNO menggunakan kata-kata fitnah Anwar Al Juburi
dan peliwat sebagai gelaran. Mereka lambakkan kata-kata ini sehingga
mencipta stigma dan persepsi. Haikatnya:
Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dalam kes
liwat II, bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah
dan dibebaskan. Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin berkata,
kedua-dua bukti DNA dan oral-lisan tidak boleh sabit kesalahan. Si
penyokong UMNO haprak resah dengan keputusan hakim duniawi telah
menaikkan baner ‘Liwat tetap liwat’ seolah mencabar keputusan Mahkamah.
Tindakan mereka cukup aib.
Sebelum itu pada 19 Jun 2012 Anwar telah menang kes
saman fitnah terhadap Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan
menerima wang sebanyak RM60 juta di Mahkamah Tinggi kuala Lumpur. Kalau
Nalla benar kenapa perlu disaman dan disabitkan salah?
Pelik apabila orang melayu kian lupa bahawa ada
seorang penfitnah besar telah meninggal dunia. Pada 18 Ogos 2005
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan tuntutan gantirugi sebanyak
RM4.5 juta kepada Anwar dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku,
Khalid Jefri (50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM). Malah
tindakan buku itu telah disebarkan kepada kesemua perwakilan dalam
perhimpunan agung Umno pada bulan Mei 1998 dikritik Hakim sebagai
perosak karier Anwar selepas itu.
Jadi, daripada mana sabit hukum penggunaan gelaran Al Juburi yang UMNO dan pecacai blogger mereka gunakan?
Bodohnya orang kita sehingga fakta rasuah dan
pembaziran yang didedah Ketua Audit negara saban tahun dibutakan dan
ditulikan daripada pengetahuan orang melayu khususnya. Akibatnya mereka
seolah-olah melihat tuduhan rasuah dan penyeleweng terhadap BN yang
dilontar oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai tiada usul, hadis maudhu’
atau khabar palsu tanpa sanad dan rujukan. Sedangkan rujukan absah
begitu mudah diakses iaitu Laporan Audit Negara yang dibayar gaji oleh
kerajaan Malaysia juga!
Hal ini menjadi obligasi kita untuk menerangkan
hakikat memandangkan masyarakat kita masih ada yang memerlukan ‘spoon
feeding’ untuk faham sesuatu benda. Tugas anggota petugas penerangan
perlu dipermantap dan diperkasa. Fakta-fakta mestilah disusun dan Insya
Allah kebenaran demi kebenaran pasti menjelma jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan