Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.4.13

Datuk Hamidah tempah banner sokong diri sendiri

Wednesday, April 10, 2013


Apakah makna banner ini sedangkan penamaan calon belum diadakan? Benner ini baru kelihatan di Taman Pinji Perdana.

Jentera UMNO Gopeng bekerja tanpa peduli siapa calon kerana mereka dibayar upah. Ada yang diupah pasang bendera, masak nasi, kemas bilik gerakan dan ada yang diupah memenuhkan bilik gerakan atau siri ceramah BN.

Rata-rata faham Dato' Hamzah juga mengidamkan kerusi DUN Sg Rapat. Lantaran itu dilobi ahli Pengkalan Gate untuk ditarik masuk UMNO sebagai tanda jasa beliau ada sumbangan memecah Cawangan PAS. Tetapi malang keutuhan, ukhuwah dan setiakawan ahli-ahli PAS Pengkalan Gate kian bertambah kerana peristiwa itu. Keluarnya 2 bekas ahli UMNO ke dalam UMNO menyebabkan jentera terutama anak muda mula menggila di Pengkalan Gate.

Datuk Hamidah pasti menempah banner di atas untuk menunjukkan sokongan terhadapnya. PAS Gopeng tidak perlu lakukan tindakan seperti beliau kerana takdir Allah di DUN Sungai Rapat konsensus bersetuju Radzi Zainonlah yang layak menerajui kerusi DUN.

Dengan nilai intelek yang tinggi, ketakwaan, nilai agama serta akhlak beliau, Radzi Zainon pasti menguasai DUN Sungai Rapat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Tiada ulasan: