Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.4.13

Rafizi: Kenyataan Papa Gomo untungkan Pakatan, rugikan Umno

RUZY ADILA IDRIS
16 April 2013
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa tindakan pengendali blog kontroversi, Papa Gomo mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana pilihan raya ini.

Katanya, lebih ramai orang melihat cara pemblog itu menggunakan kata-kata kesat diblognya, lebih tinggi kebencian rakyat terhadap Umno.

"Sebab itulah orang seperti Papa Gomo ini wajib diperangi dan perlu diberi pengajaran supaya negara dapat dibersihkan daripada budaya negatif yang ditampilkan beliau.

"Yang lebih penting, di Malaysia kita tidak boleh teruskan dengan budaya di mana orang boleh berselindung dibelakang internet untuk menabur fitnah sesuka hati," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sebaik Rafizi mengumumkan untuk menyaman pengendali blog penuh kontroversi itu, Papa Gomo terus mencabar Rafizi menyamannya berhubung isu gay pula.

Melalui entri dari blog tersebut, Papa Gomo mendakwa, Rafizi adalah gay dan dikaitkan dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada sidang media semalam, Rafizi mengumumkan akan menyaman Papa Gomo kerana memfitnah beliau dipecat dari Petronas.

Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin untuk mengengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin untuk memulakan proses undang-undang.

Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, kenyataan terbaru Papa Gomo itu dibuat berikutan rasa takut dan tertekan.

Tambah Rafizi, cara Papa Gomo menjawab menunjukkan beliau seorang tidak bermoral dan mengesahkan selama ini Papa Gomo sering menabur fitnah yang berterusan.

"Cukup bagi saya setiap seorang saman beliau dan kalau macam saya, walaupun beliau banyak fitnah tetapi saya saman satupun sudah cukuplah.

"Saya tidak akan melayan permainan beliau kerana tahu beliau akan terus buat fitnah dan akan mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa laman yang disokong Umno ini penuh dengan fitnah," tegas beliau lagi.

Menurut Rafizi, beliau hanya akan menumpukan terhadap saman berkaitan dengan Petronas sahaja.

Sehubungan itu ujar Rafizi lagi, selepas seorang demi seorang dikenakan oleh Papa Gomo termasuk Anwar, maka sebab itulah blog kendalian seperti Papa Gomo ini wajib diperangi.

Tiada ulasan: