Posted on Friday, April 12 @ 11:19:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: ahmadhadeed
"Politik
adalah ganas dan politik untuk mempertahankan kuasa yang corrupt dan
durjana lagi ganas namun Jemaah Islam PAS mesti berkepala dingin dan
menghadapi setiap gelombang ini dengan tabah cerdik dan bertawakal
kepada Allah.
Dalam hal video sex ini pemimpin PAS Pusat dan
negeri mesti cepat membuat keputusan kerana fokus menjatuhkan BN dan
UMNO lebih penting dari mempertahankan individu walaupun mungkin
individu tersebut menjadi mangsa fitnah .PAS mesti menganggap kes video
ini adalah satu kes Crisis Management yang strategik dan perlu tepat penyelesaian nya.
Video
sex ini tidak boleh di nafikan akan mengalih pandangan pengundi dari
fokus membincangkan tentang manifesto hebat yang telah di lancarkan oleh
PAS Terengganu dan Pakatan. Jika issue video sex ini dibiar berlegar
semasa tempoh berkempen yang singkat ini maka pengundi akan hilang fokas
dan PAS tidak akan sempat menyampaikan Manifesto unggulnya dan
memobilasi rakyat untuk menjatuh pemerintah kuku besi BN dan Umno. Nama
baik Jemaah Islam PAS dan Islam lebih penting dari nama baik individu
walaupun nama baik individu itu perlu diberi pembelaan yang sewajar
sebelum dituduh dengan sebarang tuduhan yang berat.
Dalam
menghadapi kes video sex Anwar, berbagai pihak mengambil sikap
mempertingkaikan kesahihan video. Ini boleh dilakukan dengan kes video
ini tapi ia kurang berkesan walau pun kita tidak pasti video itu sah
atau tidak. Oleh itu langkah mengikut urutan yang terbaik pada pendapat
saya untuk mencegah dari BN dan UMNO menggunakan video ini untuk
menghancurkan terus kerja buat kita selama 5 tahun mendedah kejahatan BN
dan UMNO ialah saperti berikut
1. Chegu Pa mesti tampil kedepan
secepat mungkin untuk menafikan ia bukan individu dalam video itu atau
ia adalah pelaku dalam video itu tapi perempuan itu isteri mudanya. Jika
ini dilaksana menjadi tanggungjawab penceramah PAS mempertahankan
kenyataan Chegu Pa ini walau apa pun berlaku.
2. Jika Chegu Pa
tidak sanggup melakukan perkara di atas atau berdiam diri atau berehat
di luar negara, maka dengan serta merta pimpinan PAS terutama Presiden
PAS Ustaz Hadi Awang mestilah tampil ke media dan menjelaskan samaada
video itu tidak tulen atau video itu tulen tetapi kita menganggap ini
adalah kes individu melibatkan pimpinan tertinggi PAS namun bermula dari
sekarang PAS sudah tidak ada urusan dengan individu tersebut.
Ini akan mengasingkan Chegu Pa buat sementara waktu supaya fokas
pengundi tetap ke atas manifesto dan pilihanraya dan bukan kepada Chegu
Pa. Isu chegu Pa akan dibincang selepas pilihanraya. Menghabiskan masa
untuk membincangkan kes video ini dalam masa berkempen yang singkat
adalah taktik UMNO dan BN dan PAS jangan sekali kali terperangkap dengan
hal ini.
3. Selepas statement President PAS, Chegu Pa mesti
berehat sebentar dari berkempen dan membuat statement sebagai SU Pas
untuk kebaikkan Jemaah Islam yang dilanda ribut taufan yang besar ini.
"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan