Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.4.13

Mukim Teja memang banyak skandal politik yang masih menjadi tanda tanya!

DUN ini punyai skandal tanah yang teruk masih tidak dibongkar di Mukim Teja. Malahan tanah rizab Melayu yang masih tidak dijual oleh pemiliknya  juga menjadi mangsa kerakusan kerajaan & Pejabat Tanah. Akta Tanah digunakan sewenang-wenang tanpa budi bicara untuk merampas hak milik orang kita Melayu. Rizab Melayu.

Paling Tragis pajakan tanah yang dilombong menjadi mainan orang Pejabat Tanah serta orang politik untuk mengagih tanah yang habis tempoh pajakan ini. Dijajah secara  tak bermaruah & amat tamak haloba. Memang banyak tanah di Mukim Teja ini telah dipagar olah kalangan DATUK yang berduit; siap terpacak papan tanda jika masuk akan DITEMBAK... hahaha orang kampung tersepit celah kawat damai berduri ini. RAKUS amat mereka yang menjajah Mukin Teja ini.

Chang Lih Kang: Kena terus berkerja kuat;  Bongkar!. jika PRU13 jatuh ke tangan BN pasti isu Tanah Mukim Teja ini akan senyap & tenggelam dalam politik KEBAL lagi amat BEJAT. Jangan silap BN terus menuduh PR yang belot bab tanah di Mukim Teja ini;  mengagihkan Tanah Rizab Melayu kepada kaum cina ketika berkuasa sekejap lalu. Ini memang perlukan pemutihan yang jelas.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Chang Lih Kang

Ahli DUN
untuk Teja(N45), Perak
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
2008
Majoriti 175

Parti politik Lambang keadilan.png
YB Chang Lih Kang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan N45 Teja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi. Beliau memperolehi 6533 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 6358 undi.


Isu dan kontroversi
Penyelewengan pembangunan RPT

Chang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan pembangunan Rancangan Kampung Tersusun (RPT). Dalam laporan tersebut Chang mendakwa seorang pemimpin kanan Umno bahagian itu menerima sepuluh lot yang ditetapkan untuk pembangunan RPT. Dalam laporan tersebut Chang mendakwa seorang pemimpin kanan Umno bahagian itu menerima sepuluh lot yang ditetapkan untuk pembangunan RPT. Laporan itu juga mendakwa, pemimpin tertinggi bahagian berkenaan juga merupakan seorang daripada pemegang saham dalam sebuah syarikat yang turut menerima tanah seluas 50 ekar tanah untuk RPT.

Sehubungan dengan itu, sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk pemimpin Umno bahagian Gopeng disiasat oleh SPRM. Tapi tidak ada tindakan di ambil.

Tiada ulasan: