Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.4.13

Lagi kes serangan ketika pasang bendera


17 April 2013
GEORGETOWN - Dua pekerja parti dilapor diserang ketika memasang bendera parti di Jalan Perak di sini tengah malam semalam.

Menurut jurucakap pilihan raya polis kontinjen negeri ACP Roslee Chik, mereka yang berumur 21 dan 53 tahun itu diserang sekumpulan individu menggunakan topi keledar dan kayu.

"Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala serta muka sehingga terpaksa menerima lebih 20 jahitan. Mangsa yang berumur 53 tahun itu koma, tetapi kini berada dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita hari ini.
   
Sehubungan itu, polis sedang mengesan lima suspek berusia antara 20-an hingga 30-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Roslee meminta saksi tampil membuat laporan.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Tiada ulasan: