Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

16.4.13

Cikgu Lee tarik Gebar

Malam tadi di Kolej Komuditi Hulu Langat padat penyokong BN; samalah minggu lalu di Desa Sri Jenaris ramai penyokong MIC berkumpul. Meriah siap makanan & minuman. Begitu juga cenderahati yang sarat di dalam beg. Kesimpulannya BN masih kuat di Kajang.

Kempen pilihan raya di pihak BN tidak sunyi malahan dua minggu lalu PR (PAS) membuat kempen nampaknya sambutan amat hambar. Kajang yang termasuk dalam kawasan Hulu Langat nampaknya amat sepi dengan kempennya. Malahan Adun Cikgu Lee yang diuar-uarkan hadir di kawasannya tidak turun padang. Apakah lantaran hujan lebat Cikgu Lee tarik gebar dan bermimpi di rumah. Hanya  Wakil PAS dari Kedah yang sampai dengan pidato yang berapi-api di Tapak Pasar Malam Desa Sri Jenaris. Sesekali semasa kempen penyokong BN menjerit-jerit dari kereta yang lalu lalang.

Jika PR Hulu Langat tidak peka masalah kempen & terus rasa selamat tanpa berkempen segiat BN; keberangkalian PR 13 ini Selangor akan berpatah kembali ke BN jika PR asyik berangan-angan tanpa kempen yang kerap & lebih MANTAP.

Selangor sebuah negeri maju memang menjadi idaman semua parti. Cikgu Lee juga Dr. Che Rosli Che Mat jangan anggap pengundi tidak peka perkembangan semasa; keadaan persekitaran Sungai Kantan sebagai contoh masih perlukan perhatian khusus sebab penduduk semakin ramai. Jalan raya sering berlubang; longkang yang tersumbat, sampah yang membawa masalah lalat pun penyakit & amat nazak masalah kesesakan di Sungai Kantan; Prima Saujana pun Saujana Impian; persekitaran Kajang amat perlukan perhatian khas. Masalah banjir di Kajang telah menjadi kempen bagi BN menerjah PR Kawasan Hulu Langat.

Kena selalu turun padang; Jangan sampai berlaku kejadian dua minggu lalu; sepatutnya Cikgu Lee datang ke Desa Sri Jenaris tidak diendahkan dengan wajah Cikgu Lee yang tersenyum. Poster terentang seantero Kajang. ADUNnya tak nampak batang hidung.   Pemganjur kempen ini PAS kawasan Desa Sri Jenaris perlulah peka masalah ini.



BN Hulu Langat sedia rampas semula kerusi

KUALA LUMPUR  April - Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Langat bersedia sepenuhnya untuk merampas semula kawasan itu daripada parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Penyelarasnya, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, keyakinan menawan semula kerusi di situ dilaungkan setelah melihat semangat pengundi yang berkobar-kobar untuk kembali kepada BN.

Menurutnya, manifesto kerajaan negeri sebelum ini yang disifatkan mereka bukan satu janji, menambahkan lagi keyakinan BN untuk menang dan berkhidmat kepada masyarakat di situ.
"BN Hulu Langat sudah membuat persediaan sejak 2010 lagi dan kini semua jentera parti di 55 Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya paling sengit nanti.

"Gelombang BN di Hulu Langat sudah berada pada tahap maksimum dan program mendekati rakyat yang dilaksanakan selama ini juga memberi keyakinan kepada kita berdasarkan respons yang diberikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Parlimen Hulu Langat kini disandang Dr. Che Rosli Che Mat daripada Pas yang menang dalam pilihan raya umum lalu.

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih berkata, rakyat negeri ini perlu sedar dan menilai parti mana yang lebih banyak berpolitik daripada membantu mereka.
"Biarpun BN tidak mentadbir Selangor, banyak projek menaik taraf infrastruktur seperti sekolah, jalan dan rumah ibadat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ini.

"Rakyat juga sedar kekangan BN untuk meneruskan beberapa projek lain termasuk Loji Rawatan Air yang perlu mendapat kelulusan dari segi penggunaan tanah daripada kerajaan negeri," katanya.

Tambah Johan, masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu akan selesai sekiranya BN mengambil alih pentadbiran di Selangor dalam PRU-13 kelak.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: