Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.4.13

Wan Azizah: PKR ada calon ganti MB S'gor


 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu sememangnya mempunyai beberapa nama yang berpotensi untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Namun, beliau tetap mempertahankan Khalid, yang menurutnya menunjukkan prestasi yang baik di jawatan tersebut sepanjang penggal pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Kita ada beberapa nama pimpinan yang berkebolehan tetapi tidaklah sebanyak BN (sebagai calon pengganti menteri besar).

"Berdasarkan rekod pencapaian, dia (Khalid) melakukan kerja dengan baik. Tetapi kita juga mempunyai jawatankuasa yang akan tentukan siapa yang akan jadi menteri besar," katanya.

Wan Azizah diminta menjelaskan perkara itu susulan pengumuman bahawa beliau tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pengumumannya itu sekali gus memadamkan spekulasi bahawa beliau akan bertanding di kerusi DUN di Selangor bagi memberi peluang untuk mengganti kedudukan Khalid sebagai menteri besar.

Calon menteri besar Pakatan itu masih menjadi tanda tanya memandangkan Khalid sehingga kini masih belum mengumumkan kerusi DUN yang akan ditandinginya.

Khalid yang diumumkan akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak dikatakan berpotensi tewas di kerusi Ijok, yang dimenangi dengan majoriti tidak sampai 2,000 undi pada 2008.

Selain itu, Khalid juga perlu berdepan dengan tokoh seperti timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang disebut-sebut sebagai antara yang berminat dengan jawatan tersebut.

"Seperti saya katakan tadi ada beberapa pemimpin yang berpotensi. Sesiapa sahaja yang bertanding DUN (berpotensi menjadi menteri besar)," kata Wan Azizah lagi ketika diasak pemberita.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Wan Azizah sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menumpukan usaha kempen dan tidak akan bertanding.

"Tidak (bertanding). Saya nak berkempen habis-habisan," katanya lagi selepas melancarkan video kempen wanita PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tiada ulasan: