Bagi
membendung kes pembelotan yang menghantui parti itu selepas pilihan
raya umum 2008, PKR telah mewajibkan semua calonnya yang menang,
membayar gantirugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka melompat parti.

Timbalan
Setiausaha Agung PKR, Steven Choong berkata selepas menerima surat
pelantikan itu, jika mana-mana calon menarik diri sebelum hari penamaan
calon atau melompat parti selepas menang, perlu membayar gantirugi RM5
juta kepada parti.
"(Oleh itu,) mereka perlu menandatangani surat Akujanji," kata Steven Choong (kanan).
"Jika
anda bersedia menerima surat pelantikan itu, maka anda tidak boleh
berpatah balik," katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi
ini sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada beberapa calon PKR di
Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan