Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

UMNO Shah Alam, Awas Wang Kempen Pilihan Raya Anda!



Posted on Saturday, April 20 @ 03:13:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh Abbas



Hari ini Zulkifli Noordin menyusun sepuluh jari minta maaf kepada masyarakat India. Kali ini dia tidak lagi menyalahkan PAS untuk membela diri. Mungkin atas nasihat pakar strategi UMNO. Video klip tak sampai 1 minit dimuat naik berkenaan minta maaf ini. Nampak macam merayu-rayu dengan tangan bergelangkan tag BN.

Ramai yang kurang tahu kenapa Zulkifli Nordin Yang Dipertua Kawasan PAS pada masa itu tidak dibenarkan untuk tidak bertanding wakil PAS oleh Majlis Syura untuk Pilihan Raya 2008.

Saya tak berhasrat nak aibkan Zulkifli Noordin, tapi dia tak dibenarkan bertanding oleh Majlis Syura PAS pada tahun 2008 ada kaitan penyelewengan wang PAS Kawasan. Tokoh terkenal, penulis novel Haji Azizi Abdullah ada menulis secara kiasan berkenaan Zulkifli Nordin pada masa itu.

Tidak hairanlah PAS Terengganu menyenaraikannya sebagai penceramah yang tidak dibenarkan/digalakkan berceramah di Terengganu walaupun dia nampak hebat semasa berceramah.... Antara kata-katanya yang saya tak lupa dalam ceramahnya (sebab saya tahu itu bohong nak cari simpati) ialah "apabila saya usap rambut Anwar, rambut berguguran akibat asenik... Ini kerja jahat UMNO nak bunuh Anwar"

Bila tak boleh bertanding, dia guna Anwar Ibrahim untuk bertanding atas tiket Keadilan di Kulim, kerana dia rapat dengan Anwar dan salah seorang peguam Anwar.

Itulah riwayat seorang 'katak' hebat tiba-tiba daripada ahli PAS dah jadi ahli PKR. Tak hairan sekarang bertanding atas tiket BN @ UMNO dan tidak mustahil dia jadi ahli UMNO menepikan UMNO-UMNO lain yang bertungkus lumus di Shah Alam.

Zulkifli Nordin sangat licik orangnya. Fokus utamanya adalah duit. Selepas di pecat daripada PKR, dia macam hilang sumber pendapat. Apatah lagi dia juga mempunyai hutang yang banyak di Bandar Baru Kulim atas kedudukannya sebagai YB di sana. Untuk itu dia perlu duit. Duit yang banyak diperolehi adalah daripada ceramah-ceramah di pentas UMNO @BN.

Dia juga tahu dan sedar, dia tak boleh bertahan lama dalam UMNO @ BN. Jadi kesempatan yang ada adalah membuat kekayaan daripada duit kempen UMNO @ BN di Shah Alam.

Oleh itu saya nasihat ikhlas kepada pertugas UMNO @ BN di Shah Alam, awasi duit kempen anda. Si Malaun ini, pantang lihat wang mesti nak songlap!! Duit tabung amanah PAS pun dia boleh kebas, walaupun mulutnya seolah-olah bertasbih memuji Tuhan.

Apatah lagi dengan topi dah hilang kupiah, makin menjadi sifat malaunnya. Jangan bagi dia ni pengang duit, tak sampai kepada pengundi, mesti masuk poket. Begitu jugta duit untuk markaz atau duit untuk pertugas.

Awas jangan menangis tak berlaku, calon 'winnable candidate' pilihan anda akan memakan tuan.... kalau anjing dah makan tahi.. tahi juga pilihannya!


Wartawan
TKO
PRU 13

Tiada ulasan: