Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

16.4.13

UMNO Kedah Bakal Perang Besar?

Sumber risikan MK dari ibupejabat BN Kedah mendapati 'perang saudara' antara ahli-ahli UMNO bakal melanda negeri ini sebaik sahaja keputusan rasmi calon BN dikeluarkan. Perang saudara untuk kali ini dijangka akan berlaku dengan skala sekali ganda lebih besar dari yang berlaku pada PRU12.

Menurut sumber, untuk PRU13 boleh dikatakan hampir kesemua Parlimen dan DUN terdapat perebutan di mana sebahagian besarnya pula tiada jalan kompromi antara pihak yang berebut.

Cadangan awal BN Kedah mengumumkan senarai calon ialah pada 12 April namun ditunda ke 14 April, malangnya selepas dua hari berlalu senarai calon tidak boleh dimuktamadkan. "Sebaik cadangan yang hampir menjadi kenyataan 'terbocor' kumpulan yang tidak terpilih menemui Najib rombongan demi rombongan. Keadaan diburukkan lagi individu yang tidak terpilih telah menggunakan Tun Dr. Mahathir untuk melobi Najib," ujar sumber itu.

Menurutnya, hampir semua calon yang dilobi Mahathir diterima tanpa apa-apa persoalan oleh Najib. Hal ini menimbulkan kemarahan pihak yang tidak terpilih. "Mereka sangat marahkan Tun!" ujar sumber itu.

Menurut risikan itu lagi, antara yang menerima 'arahan' dari Tun Mahathir untuk disingkirkan ialah Datuk Latt Shariman, Datuk Johari Baharom dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Tun sendiri dikatakan menghubungi individu tertentu membuat rundingan untuk memberi laluan kepada individu lain yang menjadi pilihannya. Ini sangat merimaskan UMNO Kedah yang sebahagiannya masih menghormati Tun Mahathir.

BN Kedah dikatakan tidak akan mampu membendung penentangan dari dalam terhadap calon BN yang terpilih nanti. Jika Najib menawarkan ganjaran terhadap pesaing calon yang gagal ini mereka hanya akan menganguk-angguk di hadapan untuk dibekalkan ganjaran namun untuk mengundi BN... mereka tidak akan berbuat demikian.

"Tindakan yang bakal diambil oleh penyokong-penyokong kini dalam UMNO Kedah ini dijangka mempercepatkan kehancuran BN dan BN akan kekal sebagai pembangkang," ujar sumber risikan UMNO itu.

Sumber: kedahla.blogspot.com

Tiada ulasan: