Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.4.13

TPM jumpa guru SJKC menjelang p'raya


10:40AM Apr 11 2013  
Kehangatan pertarungan sengit dalam pilihan raya umum ke-13 di Johor semakin terasa apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) minggu depan.

Langkah Muhyiddin itu dilihat mahu membangkitkan semangat warga guru Cina menyokong BN dengan mengadakan "perjumpaan khas" pada 16 April - empat hari sebelum penamaan calon - di SJKC Foon Yew, Johor Bahru.

Hal demikian dibuat dipercayai ekoran 'serangan' Pakatan Rakyat dari pelbagai sudut di negeri Selatan tanah air itu, yang diketuai tokoh DAP Lim Kit Siang dan Datuk Chua Jui Meng.

NONELim akan bertanding di parlimen Gelang Patah di bahagian Selatan, manakala Chua mengasak di Segamat - dari arah Utara.

Walaupun terdapat penyertaan daripada luar Johor, Malaysiakini tidak dapat memastikan sama ada arahan tersebut meliputi guru SJKC di seluruh negara

Sementara itu, seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan semalam mengesahkan, guru besar, seorang guru penolong kanan dan guru sekolah di 15 buah SJKC di Wilayah Persekutuan telah diarahkan untuk menghadiri pertemuan pada tarikh itu dengan bas yang disediakan.

Dalam surat tersebut itu juga berharap agar pihak sekolah memberi kerjasama dan perhatian untuk merealisasikan hasrat pendidikan negara.

Timbalan menteri sahkan, tapi...

Manakala seorang guru di Johor turut mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa sekolahnya turut menerima surat arahan tersebut kelmarin.

Menurutnya, sekolah rendah cina bagi sesi pagi akan menghantar guru besar, penolong kanan dan guru kanan ke majlis tersebut, manakala sekolah sesi petang pula perlu mengekal seorang guru kanan di sekolah.

NONEGuru yang enggan namanya disebut mendakwa beliau mendengar peruntukan tersebut diberikan kepada beberapa sekolah sewaktu majlis itu termasuk akan diberikan 'goodies bag'.

"Tetapi (majlis) ini merugikan masa, memaksa kami meninggal tugas dan pelajar semata-mata untuk meraikan ahli politik. Mengadakan majlis ini pada waktu ini, kami semua tahu apa yang beliau kehendaki," kata guru itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong mengesahkan majlis pertemuan itu akan diadakan pada minggu depan tetapi menafikan ia mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum.

Beliau menambah Muhyiddin mengadakan sesi pertemuan yang sama dengan warga guru sepanjang lawatannya ke seluruh negara.

"Program ini sudah lama dirancang... Kami merancang untuk mengadakan pertemuan ini pada Mac atau April," kata Wee.

Tiada ulasan: