Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

Tidak padan dengan umur

NUR FARHANA ABDUL MANAN
20 April 2013
Tidak padan dengan umur
Abd Razak (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada dua anggota URB, semalam.
PUCHONG – Tidak padan umur baru setahun jagung, sembilan remaja berusia antara 14 hingga 19 tahun bergiat aktif melakukan jenayah pecah kenderaan di sekitar Puchong, di sini.

Difahamkan, mereka menjadikan kenderaan ditinggalkan di tepi jalan sebagai sasaran sebelum melarikan barang berharga di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai

Puchong Jaya terserempak dengan beberapa remaja lelaki yang kemudian bertindak melarikan diri. Menurutnya, kesemua suspek melarikan diri ke sebuah taman permainan di Wawasan 4 sebelum berjaya diberkas.

Katanya, sembilan remaja itu diperiksa dan polis menemui alatan dipercayai digunakan untuk memecah cermin kenderaan.

Pemeriksaan tubuh badan ke atas dua suspek juga menemukan polis dengan pelbagai jenis barang dipercayai hasil pecah kenderaan di Jalan Wawasan 4/12 sebelum itu.

Abd Razak berkata, suspek mengakui melakukan jenayah itu ke atas sembilan kenderaan pada hari sama mereka diberkas.

“Kita percaya dapat selesaikan sekurang-kurangnya 19 kes di sekitar Puchong Jaya dengan penangkapan kumpulan ini,” katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada dua anggota URB atas kejayaan kes itu, semalam.

Tiada ulasan: