Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.4.13

Suspek pecah pejabat bekas Adun Semenyih diburu

Wartawan Sinar Harian
16 April 2013
Suspek pecah pejabat bekas Adun Semenyih diburu
Seorang lelaki dikesan muncul di lokasi kejadian berdasarkan rakaman CCTV dicari bagi membantu siasatan.
 
KAJANG - Polis mencari seorang lelaki lingkungan 50-an bagi membantu siasatan kes pejabat penyandang Adun Semenyih yang dipecah masuk, 7 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, lelaki terbabit didapati berada di lokasi kejadian berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang.

"Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian itu dilakukan dua suspek, termasuk seorang lelaki dipercayai warga tempatan.

"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis masih memburu dua suspek terbabit," katanya pada sidang media semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, 52 komputer riba pelbagai jenama dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, beberapa dokumen penting dalam pejabat berkenaan turut dilarikan penjenayah dan kerugian dianggarkan sekitar RM52,000. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan atau mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi 03-89114222.

Tiada ulasan: