Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.4.13

Soi Lek tidak bertanding dalam PRU13


3:24PM Apr 11 2013  
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum, sekaligus menjadi presiden MCA pertama yang tidak dicalonkan.

Chua berkata ini akan membantu proses peremajaan parti dengan membenarkan muka baru diketengahkan, dan juga membolehkan beliau mengetuai kempen pilihan raya MCA di seluruh negara.
Menurutnya, hampir separuh daripada calon MCA akan terdiri daripada muka baru dan parti itu yakin mereka mempunyai pasukan yang hebat yang mampu memberi cabaran yang terbaik.

'Saya presiden sepenuh masa'

Beliau menambah bahawa ia adalah sebahagian daripada proses penyegaran semula parti itu, berikutan pergeseran dalaman antara tahun 2008 dan 2010.

Chua berkata selepas mengambil alih teraju MCA pada Mac 2010, beliau telah bekerja sepenuh masa untuk memulihkan parti supaya ia lebih fokus dan bermotivasi.

"Dalam sejarah MCA, ini adalah kali pertama terdapat presiden parti sepenuh masa.

"Saya ingin meneruskan peranan itu dalam pilihan raya umum, di mana saya boleh berkempen sepenuh masa untuk calon-calon BN, khususnya dari MCA," katanya.

Sebelum ini, Chua mendakwa beliau seorang "calon boleh menang di mana saja beliau bertanding", sebagai menjawab dakwaan bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (di atas) bahawa klip video Chua telah menjejaskan parti itu. 

Tiada ulasan: