Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.4.13

Polis siasat kes buli pelajar

SEDUTAN klip video YouTube semalam menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.
 
KUALA LUMPUR 10 April - Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman sosial YouTube.

Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.
Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu.

Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.

Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: