Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.4.13

PKR: Kenyataan polis bercanggah isu Sosma


 
Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata polis memberi kenyataan yang bercanggah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila pasukan itu menyatakan akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) bagi memastikan keselamatan semasa pilihan raya.

Penyandang kerusi parlimen Machang itu berkata, SPR dalam nota pertemuan mereka sebelum ini menyatakan dengan jelas bahawa akta Sosma 2012 tidak terpakai semasa kempen pilihan raya.

Menurutnya, SPR menyatakan bahawa kempen pilihan raya hanya tertakluk kepada peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994.

"Saya merujuk nota ikhtisar (ringkasan) majlis pertemuan SPR dan parti politik. Jawapan SPR terhadap soalan mengenai Akta Perhimpunan Aman sewaktu berkempen ialah, semua bentuk kempen pilihan raya tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994 dan Sosma 2012 tidak terpakai.

"Ini satu pengasingan yang sangat jelas. Bukan saja soal tempoh tapi sekurang-kurangnya SPR beri penegasan yang sangat jelas.

"Justeru, SPR juga harus tampil memberi kenyataan menjawab apa yang telah dibuat oleh pegawai polis ini," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pertemuan dengan SPR seperti yang didakwa.

Saifuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua Penolong Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan PDRM Datuk Razali Basri yang disiarkan di laman New Straits Times hari ini.

Razali dalam laporan itu menyebut, individu yang didapati menimbulkan kekecohan atau ancaman keselamatan sepanjang tempoh berkempen akan disiasat di bawah Sosma dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bekas naib presiden parti itu R Sivarasa dalam sidang media sama hari ini berkata kenyataan yang dikeluarkan Razali menunjukkan berlaku pertembungan di antara pihak polis dan SPR.

"Menggunakan Sosma dalam konteks tempoh berkempen hanya menjejaskan integriti proses pilihan raya.

"Kita desak polis henti buat kenyataan sedemikian. Polis kena ingat, badan atau institusi yang ada kuasa semasa proses pilihan raya bukan polis tapi SPR.

"Polis sepatutnya menghormati undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya yang akan digunapakai," kata penyandang kerusi parlimen Subang itu.

Tiada ulasan: