Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.4.13

Perang Poster Bendera kian Bermula.

Dari tinjauan RangBul@n sekitar Kajang Serdang juga BB Bangi; perang poster kian nampak terserlah. Ada sekitar tiga minggu lagi untuk Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Jadi kemuncaknya belum sampai. Buat masa ini nampaknya perang bendera parti yang bertanding nampak seimbang.

PAS nampaknya banyak mengibarkan bendera besar; BN pula banyak menggunakan tiang yang panjang mengatasi bendera parti lawan. PKR pula banyak mencuri batang pokok meletakkan parti sekitar bandar. Sungai Ramal sebagai contoh BN mengatasi parti lain dalam perang poster.

RangBul@n percaya sekitar seminggu lagi mahu mengundi barulah nampak suasana meriah PR13 ini. Parti mana yang akan memerintah negara nampaknya tahun ini menjadi satu persoalan. Ramalan Penganalisis Pilihan Raya pun bungkam nak beri kata sepakat. Jika mereka mempertaruhkan keyakinan diri nanti akan dikatakan pro dengan mana-mana fahaman.

Yang telah diambil alih pembangkang sukarlah nak ramal akan berlaku tsunami bak Terengganu yang asyik tak pasti fahaman mana. Cuma Kelantan kini yang diuar-uarkan berlaku tsunami sampak ada kempen Jom T Jom K tentunya satu perkembangan yang menarik.

Yang pasti Selangor & Perak menjadi dua negeri panas. PR pasti nak semula Perak; BN pun nak semula negeri maju Selangor. Ini pastinya satu yang menjadi kejutan buat semua warga Malaysia. Yang menentukan adalah pengundi di dua negeri tersebut.

Negeri Sembilan, Kedah malahan Pahang pun ada polimek politik yang tersendiri. Johor memang sejak azali kubu kuat BN kini cuba diterjah oleh PR. Hatta BN jika mahu mengekalkan kuasa kena terus kuat berkempen di Sabah & Sarawak. Dua negeri ini akan membantu kekukuhan BN untuk terus meneraju negara. Sabah keberangkalian mudah BN mahu kekalkan kuasa sebab banyak isu besar masig memihak kerajaan BN. Sarawak jika dianalisa masalah golongan elit BN ianya ada sentuhan di hati mereka yang terbaca maklumat tapi nilai kesetiaan orang Sarawak kepada pemerintah amat kuat & padu.

Apa-apa pun bagi seorang rakyat yang tinggal di negara yang mengamalkan politik demokrasi (dia mahu kerusi) setiap warga kenalah mengundi; jangan tak mengundi sebab masa depan negara bergantung kepada sokongan atau nilai pangkah (X) pengundi bukan pula tanda betul (√).


Masa mengundi pula guna pensil tapi tak disediakan pemadam. Hatta sebelum pergi mengundi buatlah keputusan sedari awal. Jangan keliru silap cara; atau terpangkah calon yang tak disukai/sokong. Perlu diingat pangkah calon yang disokong.

1 ulasan:

RangBulan berkata...

bagi parti yang guna buluh sebagai tiang bendera pastikan buluh ini tidak tumbang ke jalan raya; ianya bahaya. Kut ada yang terterjah tiang buluh yang tajam ini...