PAS
Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri
itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya
PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan dalam
perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.
Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.
Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (atas) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.
Manakala,
calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS
Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kanan) dinamakan sebagai calon di
Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.
"DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din.
"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya.
- Bernama

Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.
Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (atas) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

"DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din.
"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan