Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

18.4.13

Peguam muda PAS tangkis isu hudud di Sabah


 
Tinggal kurang 48 jam sebelum penamaan calon dan PAS sudahpun mengambil sikap mempertahankan diri.
Seperti juga di semenanjung Malaysia, PAS yang mengemukakan 11 calon di Sabah berdepan dengan tuduhan pelampau agama. Di tengah-tengah isu ini adalah persoalan hudud.

NONETuduhan ini mensasarkan golongan bukan Islam, dan secara khususnya golongan Cina yang banyak menghuni kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Calon yang dikemukakan PAS di satu-satunya kawasan bandar yang ditandingi mereka ialah peguam berusia 37 tahun, Hamid Ismail yang akan berentap di kawasan majoriti masyarakat Islam di Tanjung Aru.

Seramai kira-kira satu pertiga dari pengundi Tanjung Aru merupakan pengundi Cina manakala 12 peratus terdiri dari bumiputera bukan Islam.

Dalam sidang media sulungnya, Hamid yang kelihatan rapi dengan kemeja berwarna putih, tidak menunjukkan ciri-ciri stereotaip sebagai seorang pelampau agama.

Melalui ucapannya, bapa kepada tiga orang anak itu menunjukkan contoh dalam toleransi agama yang dianjurkan PAS.

Pengamal undang-undang dalam sistem sivil dan syariah itu sebelum ini membawa beberapa kes ke mahkamah berhubung isu pertukaran agama.

Tiada ulasan: