Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

14.4.13

Pasangan tunang maut kemalangan


 
Pasangan tunang maut dalam satu kemalangan apabila motosikal yang mereka tunggangi dilanggar sebuah kereta di kilometer 9, Jalan Beaufort-Papar di Kota Kinabalu, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.15 petang itu, kedua-dua mangsa Mohd Faizuan Jaafar, 22, dan Norbaizurah Jasmin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mustafa Maaroff berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Mohd Faizuan dari Beaufort dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan jenis Prado yang dipandu Henry Chong Hyen Kong, 56.

"Kemudian motosikal itu tercampak dan melanggar belakang sebuah kereta jenis Myvi dan kedua-dua pemandu itu tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.

Mayat dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Tiada ulasan: